Berita Harian

MALAYSIA AIRLINES

Tawar diskaun 40 peratus

- Oleh Alzahrin Alias

Malaysia Airlines Bhd menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi 1.5 juta tempat duduk ke destinasi terpilih sempena kempen Malaysia Airlines Traveliiou­s Deals (MATD) bermula hari ini hingga 20 Ogos ini.

Kempen MATD yang pertama kali diadakanny­a itu turut menawarkan diskaun ke atas pemilihan tempat duduk atau elaun bagasi tambahan dan sehingga 10 peratus ke atas barangan mewah yang ditawarkan dalam penerbanga­n bebas cukai.

Ketua Pegawai Perolehan Kumpulan Malaysia Airlines, Ignatius Ong, berkata syarikat itu komited memberikan tawaran perjalanan yang hebat dipadankan dengan Hospitalit­y Malaysia kepada pelanggan.

“MATD menyediaka­n peluang kepada pelanggan melancong ke beberapa destinasi terbaik kami, bersama dengan perkhidmat­an dalam penerbanga­n yang unggul, tanpa kos tambahan atau tersembuny­i,” katanya dalam satu kenyataan.

Tarikh perjalanan

MATD antaranya menawarkan tiket kelas ekonomi pergi balik bermula dari serendah RM409 ke Yangon, RM469 ke Surabaya, RM709 ke Hong Kong dan RM769 ke Manila.

Bagi destinasi lain pula, ia menawarkan tiket bermula dari RM739 ke Chennai, RM859 ke Hyderabad, RM999 ke Xiamen, RM1,009 ke Fuzhou atau ke Sydney dari serendah RM1,499 dan RM2,899 ke London.

Tiket kelas ekonomi bagi laluan sehala dari Kuala Lumpur juga boleh didapati bermula serendah RM159 ke Langkawi, Pulau Pinang dan Kuantan serta RM299 ke Kuching, Miri dan Sibu manakala RM349 ke Kota Kinabalu, Tawau

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia