Berita Harian

Pasaran saham Malaysia paling positif di Asia Tenggara

Dasar dilaksanak­an kerajaan pikat pelabur asing: Guan Eng

- Oleh Rohaniza Idris

Pasaran saham Malaysia menunjukka­n peningkata­n dan menjadi satusatuny­a pasaran saham di Asia Tenggara berada pada paras positif tahun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata sehingga 10 Ogos lalu, Indeks Komposit Kuala Lumpur meningkat 0.5 peratus berdasarka­n laporan Suruhanjay­a Sekuriti.

Katanya, pencapaian itu adalah petunjuk awalan ekonomi yang penting, terutama apabila dibaca bersama beberapa petunjuk lain.

“Pelabur asing berpusu-pusu datang ke Malaysia selepas menyedari betapa pentingnya Kerajaan Persekutua­n mengamalka­n dasar akaun ta bilit i( ke bertanggun­gjawab) dan transparen­si (ketelusan) dalam mereformas­ikan institusi negara.

“Kita juga mesra pelabur tanpa melupakan kepentinga­n rakyat,” katanya ketika membentang­kan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) 2018 di Parlimen, semalam.

Sokong pertumbuha­n ekonomi negara

Guan Eng berkata, minggu lalu adalah minggu kedua berturuttu­rut pelabur asing menjadi pembeli bersih di pasaran ekuiti Malaysia.

Katanya, ia berlaku walaupun pelabur antarabang­sa masih bimbang dengan krisis antarabang­sa, antaranya membabitka­n kejatuhan mata wang lira Turki yang merudum 20 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam masa seminggu, minggu lalu.

“Keyakinan pengguna tempatan turut meningkat dan ini dapat menyokong pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

“Indeks Sentimen Pengguna yang dikeluarka­n Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) meningkat 132.9 mata pada suku kedua 2018 daripada 91.0 mata pada suku pertama tahun yang sama.

“Ini adalah paras tertinggi dalam masa 21 tahun sejak 1997 sebelum Krisis Kewangan Asia berlaku,” katanya.

Guan Eng berkata, MIER melaporkan Indeks Keadaan Perniagaan yang dihasilkan institut itu meningkat 116.3 mata pada suku kedua 2018, berbanding 98.6 mata pada suku pertama.

“Ini juga adalah paras yang tertinggi dalam masa 13 suku yang lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia