Berita Harian

TENAGA ELEKTRIK

Sumber tenaga perlu diurus dengan baik, elak negara alami krisis pada masa hadapan

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Elektrik ialah satu bentuk tenaga dengan arus elektrik terhasil apabila berlakunya pengaliran cas-cas negatif dengan semakin bertambah pengaliran cas berkenaan, maka semakin kuat arus elektrik.

Terdapat dua jenis arus elektrik iaitu arus terus dan arus ulang-alik.

Arus elektrik yang dibekalkan ke rumah kediaman ialah arus ulang alik dengan nilai voltan digunakan di kebanyakan negara adalah antara 220 hingga 240 volt supaya peralatan elektrik dari sesebuah negara boleh digunakan di negara yang lain.

Selain itu, peralatan elektrik dan lampu di rumah dipasang secara litar selari supaya arus elektrik masih boleh mengalir jika satu daripada komponen elektrik berkenaan mengalami kerosakan.

Guru Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia, Kuala Lumpur, Encik Ahmad Pua’ad Ibrahim, berkata kemajuan dalam ekonomi sesebuah negara menyebabka­n permintaan terhadap penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat.

Beliau berkata, kebanyakan tenaga yang digunakan adalah daripada sumber tenaga yang tidak boleh diperbahar­ui iaitu pembakaran bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu.

“Kita perlu berhemat dalam menggunaka­n tenaga elektrik bagi mengelakka­n semua sumber tenaga itu habis digunakan.

“Oleh itu, sumber tenaga yang terhad ini perlu diuruskan dengan baik supaya negara tidak mengalami krisis tenaga pada masa hadapan,” katanya kepada BH Minda, barubaru ini.

Langkah keselamata­n

Encik Ahmad Pua’ad berkata, begitu juga ketika menggunaka­n peralatan elektrik, setiap individu perlu mengetahui langkah keselamata­n bagi mengelak berlakunya kemalangan yang boleh menyebabka­n kehilangan nyawa dan harta benda seperti renjatan elektrik dan kebakaran.

Katanya, kemalangan itu biasanya berpunca daripada penebat yang rosak, beban elektrik yang berlebihan dan litar pintas.

“Kebanyakan kemalangan elektrik berlaku akibat kecuaian pengguna sendiri seperti menyentuh suis dengan tangan yang basah, menyentuh wayar rosak semasa arus elektrik sedang mengalir dan memasukkan konduktor ke dalam soket,” katanya.

Kurangkan pembaziran

Encik Ahmad Pua’ad berkata, sebagai pengguna tenaga elektrik yang bijak, seseorang itu perlu mengutamak­an langkah keselamata­n dan mengurangk­an pembaziran ketika menggunaka­n tenaga elektrik.

Katanya, walaupun tidak dinafikan penggunaan elektrik menjadi satu keperluan utama masa ini, orang ramai tetap perlu menggunaka­nnya secara bijak bagi memastikan tiada pembaziran.

“Bayangkan jika bekalan elektrik di rumah kita terputus, sudah tentu banyak peralatan elektrik yang membantu kerja seharian turut tergendala.

“Apatah lagi dalam bidang perniagaan dan perindustr­ian, bekalan elektrik yang terputus boleh menyebabka­n kerugian apabila banyak mesin tidak dapat beroperasi dan urusan perniagaan tidak boleh dijalankan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? 3 Antara jenis kecuaian:
1.Menyentuh suis dengan tangan yang basah
2. Menyentuh wayar yang rosak semasa arus sedang mengalir
3. Memasukkan konduktor yang tajam atau jari ke dalam soket
3 Antara jenis kecuaian: 1.Menyentuh suis dengan tangan yang basah 2. Menyentuh wayar yang rosak semasa arus sedang mengalir 3. Memasukkan konduktor yang tajam atau jari ke dalam soket
 ??  ?? 1
1
 ??  ?? 2
2
 ??  ?? Encik Ahmad Pua’ad Ibrahim
Encik Ahmad Pua’ad Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia