Berita Harian

Dua pengasuh PPKK kasari kanak-kanak ditahan

-

Melaka: Dua wanita yang juga pengasuh sebuah Pusat Perkembang­an Kanak-kanak (PPKK) ditahan selepas dipercayai mengasari kanak-kanak di pusat jagaan itu dalam kejadian akhir bulan lalu.

Perbuatan luar tindakan dua wanita itu terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang bertajuk ‘Cawangan MITC Melaka tolong viralkan penderaan sering berlaku di tempat ini’ tersebar di laman sosial.

Selain rakaman CCTV berdurasi 37 saat itu, turut tersebar rakaman telefon dipercayai dirakam bekas pekerja PPKK itu berdurasi sembilan saat.

Dalam video itu, kelihatan seorang pengasuh menampar dan menolak kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi sebelum menampar pipi kanak-kanak lelaki lain.

Selain itu, video berasingan pula menunjukka­n seorang kanak-kanak perempuan diambil dan diletakkan di belakang kanak-kanak lelaki yang menangis itu.

Diberhenti­kan serta-merta

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata pihaknya menerima maklumat itu sebaik pemilik PPKK itu yang berusia 40 tahun membuat laporan pada Sabtu lalu.

Katanya, susulan laporan polis itu dua pekerja PPKK itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, untuk diambil keterangan pada hari sama.

“Kedua-dua wanita berusia 21 dan 40 tahun itu direman sehari sebelum dibebaskan selepas diambil keterangan. Pengadu dikatakan membuat laporan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pekerjanya kerana mengasari kanakkanak berkenaan,” katanya, ketika dihubungi NSTP, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah ke lokasi kejadian untuk meneliti dan mengambil rakaman CCTV untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Wanita, Pembanguna­n Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Ginie Lim Siew Lin, berkata dua pengajar PPKK terbabit diberhenti­kan kerja sertamerta oleh majikan mereka.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER /BH] ?? Siew Lin (tengah) dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddi­n Bachik (dua dari kiri), melawat PPKK yang tular dalam kejadian mengasari kanak-kanak di Ayer Keroh, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER /BH] Siew Lin (tengah) dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddi­n Bachik (dua dari kiri), melawat PPKK yang tular dalam kejadian mengasari kanak-kanak di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia