Berita Harian

Penceramah berpengala­man bantu calon UPSR

-

Sri Aman: Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH Didik banyak membantu calon melakukan persiapan rapi menjelang peperiksaa­n sebenar, September ini.

Justeru, rata-rata peserta klinik teruja untuk menyertain­ya dengan bimbingan penceramah yang juga guru pakar dalam subjek masingmasi­ng.

Peserta klinik, Dayang Alanis Maryssa Abg Alazid Muhaimin, 12, berkata program itu memberikan manfaat besar kepadanya dan peserta lain.

“Penceramah yang juga guru berpengala­man banyak membantu kami berkaitan cara belajar dan yang lebih penting bagaimana untuk menjawab soalan dengan tepat serta berkesan.

“Selain itu, penceramah menerangka­n secara terperinci mengenai sesuatu topik supaya kami faham penjelasan dan formula yang ingin disampaika­n,” katanya.

Markah cemerlang

Seorang lagi peserta klinik, Amy Zulaikha Mohd Morsalin, 12, berkata dia amat gembira dan teruja menyertai klinik itu.

Amy Zulaikha dari Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, berkata dia amat meminati subjek Sains dan berharap dapat memperoleh markah cemerlang bagi mata pelajaran itu.

“Saya berpendapa­t Sains adalah topik yang luas dan merangkumi semua aspek dalam kehidupan dan melaluinya kita dapat menyelesai­kan sebahagian besar masalah.

“Berikutan minat yang mendalam dalam subjek Sains, saya mahu buktikan kebenaran setiap teori Islam dengan kajian sains,” katanya.

 ??  ?? Peserta bergambar selepas tamat Klinik UPSR BH Didik di Sri Aman, baru-baru ini.
Peserta bergambar selepas tamat Klinik UPSR BH Didik di Sri Aman, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia