Lelaki Poland tanam semula 9 mayat
Polis kata kes curi mayat boleh dihukum penjara 8 tahun
Warsaw
Apihak polis menggali semua kubur itu selepas mengesan lokasi mayat terbabit ditanam dan menahan Dariusz. Bagaimanapun, polis sukar untuk menjelaskan motif lelaki berkenaan namun mengatakan bahawa Dariusz pernah menerima rawatan psikiatri walaupun masih bekerja.
“Kami mendapatkan nasihat daripada ramai pakar dan mencari kaitannya dengan kejadian ini. Namun, lelaki itu berkelakuan seperti biasa.
“Ia amat sukar difahami dan tidak masuk akal,” kata timbalan komander Polis Gdansk, Ewa Pachura.
Kurang siuman
Dariuz didakwa kerana merosakkan kubur dan mencuri mayat selama dua tahun dari 2016 hingga 2017 dan boleh ber depan dengan hukuman lapan tahun penjara namun pihak pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan hukuman itu memandangkan dia didapati kurang siuman.
“Pakar mengesahkan dia gila dan tidak mempunyai kemampuan untuk mengetahui kesalahannya.
“Berikutan itu, berdasarkan peruntukan undangundang dia tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah,” kata Grazyna Wawryniuk dari Pejabat Pendakwa raya Daerah.
Sebaik siasatan selesai, pihak pendakwaan boleh memfailkan usul untuk tidak meneruskan prosiding dan menempatkan Dariusz ke pusat psikiatri.
Dia ditahan di pusat tahanan sehingga Oktober sebelum pihak berkuasa menentukan tindakan selanjutnya.