Berita Harian

Penampilan sulung Ronaldo ceriakan Juve

-

Turin: Cristiano Ronaldo membuat kemunculan sulungnya bersama Juventus dengan meledak gol ketika menewaskan pasukan ‘adik’ Juventus B pada aksi tahunan pramusim.

Pertembung­an antara Juventus A dan Juventus B itu diadakan setiap tahun di bandar kecil, Villar Perosa di luar Turin.

Penyerang berusia 33 tahun itu yang ditandatan­gani daripada Real Madrid dengan yuran perpindaha­n £99.2 juta (RM518 juta), menyumbat gol pertama seawal minit kelapan untuk membantu Juventus berkenduri gol membelasah pasukan adik mereka itu 5-0.

Sepuluh minit kemudian, dia turut memainkan peranan untuk gol sendiri Riccardo Capellini, diikuti dua jaringan Paulo Dybala pada minit ke-31 dan 40 sebelum Claudio Marchisio melengkapk­an kemenangan pada minit ke-53.

Acara tradisi

“Hari menakjubka­n di tempat istimewa yang menyimpan cerita kejayaan Juventus,” tulis Ronaldo dalam Twitter miliknya. “Terima kasih kepada semua penyokong atas sokongan hebat.”

Perlawanan itu bagaimanap­un dihentikan selepas 72 minit susulan tradisi tahunan untuk membenarka­n penyokong berlari masuk ke dalam padang.

Keluarga Agnelli yang memegang pemilikan juara Serie A itu, memiliki tanah di Villar Perosa dan menjemput pasukan untuk mengadakan aksi persahabat­an di situ sejak 1955.

Ronaldo akan membuat kemunculan sulung kompetitif buat Juventus pada Sabtu ini apabila kelab itu bertandang ke Chievo Verona bagi aksi sulung Serie A. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia