Berita Harian

Guardiola tabik nafsu City

Mampu serlah aksi terbaik biarpun keletihan Piala Dunia

-

Pep Guardiola memuji bintang Manchester City kerana mengetepik­an keletihan mereka selepas Piala Dunia apabila juara bertahan itu memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.

Skuad Guardiola mempertaru­hkan sejumlah pemain yang memberitah­u pengurus City itu bahawa mereka sedia diturunkan di Stadium Emirates kelmarin biarpun keletihan susulan tugasan Piala Dunia di Russia.

Beberapa pemain antaranya bintang England, Raheem Sterling, Kyle Walker dan John Stones, memendekka­n cuti mereka untuk kembali berlatih bersama City.

Sterling pencetus

Malah, biarpun seminggu selepas sesi latihan, City meneruskan prestasi mereka musim lalu dengan aksi meyakinkan yang berjaya menundukka­n Arsenal.

Sterling membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Bernardo Silva meledak gol kedua City pada separuh masa kedua, membuatkan Guardiola memuji anak buahnya.

“Kami bermain pada tahap yang tinggi biarpun ramai Pengurus City pemain kurang cergas kerana baru pulang daripada Piala Dunia.

“Ramai pemain yang melakukan pengorbana­n. Stones, Walker, kami berlatih hanya seminggu tetapi semangatny­a tetap ada.

“Secara umumnya, berada pada ketika ini dengan keinginan untuk terus berjuang, ia sama seperti musim lalu.

“Perlawanan pertama musim ini, menentang Arsenal di tempat lawan dengan pengurus baharu selepas 20 tahun. Tiada siapa boleh menafikan bahawa ia sukar, jadi untuk memenangin­ya dengan cara kami memenangin­ya sudah cukup memuaskan,” katanya.

City dilihat tetap bernafsu biarpun berjaya memecah rekod musim lalu, apabila mereka menjulang gelaran itu dengan rekod 100 mata dan menjulang Piala Liga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia