Berita Harian

Persiapan jitu upaya akhiri kemarau

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Skuad lawan pedang negara ke temasya Sukan Asia Indonesia kali ini mempunyai misi tersendiri iaitu cuba menamatkan kemarau pingat acara itu selepas tidak pernah memenangin­ya sejak 10 edisi lalu.

Di atas kertas, meskipun tidak diletakkan sebarang sasaran pingat, namun segala-galanya boleh terjadi apatah lagi dengan persediaan rapi yang dilalui kem lawan pedang termasuk menjalani latihan intensif di Thailand ketika ini.

Sandaran utama pastinya terarah kepada Joshua Koh I-jie yang muncul satu-satunya atlet yang pernah beraksi di Sukan Asia dengan baki enam atlet lagi hanya akan membuat penampilan sulung di Jakarta.

Dalam kemunculan edisi 2010 Guangzhou menyaksika­n atlet berusia 28 tahun itu sekadar mara ke pusingan kedua sebelum tidak mengambil bahagian empat tahun kemudian.

Bagaimanap­un, Koh I-jie tidak berasa tertekan dengan situasi itu kerana menegaskan hanya pencapaian terbaik diburunya apatah lagi sedar dengan kemampuan hebat

Biarpun diletakkan dalam Kategori B, menembak tetap menjadi antara sukan yang diharap mampu menyumbang pingat kepada kontinjen negara pada Sukan Asia Jakarta-palembang bermula pada 18 hingga 27 Ogos ini.

Melihat kepada rekod pada temasya sama di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu, skuad menembak negara menyumbang tiga pingat iaitu dua perak dan satu gangsa.

Namun, apa yang menjadi pencabar dari Korea Selatan, China dan Hong Kong.

Puas hati latihan

“Dalam penampilan pertama saya berjaya mara hingga ke pusingan kedua, jadi untuk kali ini saya mahu memperbaik­i pencapaian itu dengan mencapai suku akhir.

“Tetapi untuk mensasarka­n pingat mungkin tidak kerana tahap Sukan Asia adalah tinggi berbanding Sukan SEA,” katanya.

Pencapaian karier terbaik Koh I-jie hadir ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila muncul satusatuny­a atlet lawan pedang yang menghadiah­kan pingat gangsa di temasya berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai latihan di Thailand, Koh I-jie menjelaska­n dia berpuas hati dengan latihan di sana kerana dapat meningkatk­an prestasiny­a.

“Kehadiran kami di Thailand amat bermakna kerana bukan saja dapat membuat persiapan terakhir yang jitu tetapi juga berpeluang mengadakan sparring dengan pencabar dari Britain, Jerman, Jepun, Thailand dan Singapura,” katanya. pada temasya kali ini.

“Kita tak nak bebankan atlet dengan sasaran tinggi, sekadar buat yang sebaik mungkin dan berharap berada dalam kelompok 10 terbaik,” kata Sabki.

“Kita pun hanya diletakkan dalam Kategori B, jadi kali ini kita nak atlet bertanding tanpa tekanan. Kalau mereka boleh tampilkan persembaha­n seperti biasa, Insya-allah ada hasil yang positif.”

 ??  ?? Nur Suryani Taibi Ezuan Nasir Khan
Nur Suryani Taibi Ezuan Nasir Khan
 ??  ??
 ??  ?? Skuad lawan pedang negara mahu menamatkan kemarau pingat pada temasya Sukan Asia Indonesia kali ini.
Skuad lawan pedang negara mahu menamatkan kemarau pingat pada temasya Sukan Asia Indonesia kali ini.
 ??  ?? Joshua Koh I-jie, Atlet lawan pedang
Joshua Koh I-jie, Atlet lawan pedang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia