Berita Harian

‘Kelab perlu ada duit sendiri’

-

negeri masing-masing tidak memberi bantuan atau mendapat peruntukan yang tidak mencukupi.

Pada masa sama Mat Zan menekankan sikap berbelanja lebih daripada kemampuan turut menjadi punca beberapa pasukan berdepan kemelut kewangan.

“Bila terlalu bergantung pada dana kerajaan, pelbagai kemungkina­n boleh berlaku. Contohnya, apabila kepemimpin­an negeri tidak senada dengan cita rasa politik dengan pemimpin persatuan bola sepak, dana tidak disalurkan.

“Begitu juga bila berlaku pertukaran pucuk pimpinan negeri, sedikit sebanyak ia tetap mengganggu perjalanan organisasi bola sepak negeri itu termasuk membabitka­n soal kewangan.

Swasta boleh bantu

“Justeru sudah sampai masanya pasukan bola sepak kita diswastaka­n sepenuhnya tanpa bergantung pada kerajaan negeri. Mereka perlu menjadi seperti sebuah syarikat perniagaan yang mencari modal serta mengusahak­an dana sendiri,” kata Mat Zan.

Pada masa sama beliau menyeru kepada syarikat perniagaan terkemuka tempatan agar turut tampil memainkan peranan dengan menaja pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

“Kita mempunyai banyak syarikat korporat di negara ini, ada antaranya menaja sukan antarabang­sa. Mengapa tidak mereka mengagihka­n sedikit dana itu kepada pasukan bola sepak kita. Setiap syarikat boleh ambil satu pasukan.

“Saya yakin jika setiap pasukan mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebagaiman­a JDT (Johor Darul Ta’zim) dan diurus pula oleh orang yang benar-benar berjiwa bola sepak seperti TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim), masalah kewangan tidak akan menjadi bebanan lagi.

“Pada masa sama, setiap pasukan perlu bijak menguruska­n kewangan, berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan bukan keinginan.

“Masalahnya sekarang setiap pasukan cuba mengikut JDT, membayar gaji pemain terlalu mahal sedangkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan seperti kelab itu. Jadi, eloklah ikut kata orang-orang tua, ‘ukur baju di badan sendiri’,” ujar bekas pemain yang pernah menjadi jurulatih Terengganu dan Melaka itu. Bekas pemain kebangsaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia