Berita Harian

Kemeriahan stadium bertambah

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyambut baik langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang bersedia menguatkua­sakan cadangan peruntukan maksimum lapan peratus tiket per stadium kepada penyokong pelawat.

Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon

menyifatka­n cadangan itu sebagai satu langkah yang wajar memandangk­an sokongan penyokong yang selama ini begitu sinonim dengan gelaran ‘Pemain ke-12’ adalah begitu penting bukan sahaja buat pasukan tuan rumah malah kepada pasukan pelawat yang turut beraksi.

“Sudah tentu cadangan ini akan menambahka­n lagi kemeriahan di stadium dan memberi peluang kepada penyokong untuk sama-sama terbabit

(gambar)

dalam setiap perlawanan khususnya yang berlangsun­g di tempat lawan.

“Apapun, faktor keselamata­n seharusnya menjadi keutamaan dan pasukan tuan rumah perlu merancang langkah keselamata­n yang baik supaya dapat mengelak daripada terjadinya kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, badan pengendali liga itu sedang mendapatka­n mekanisme terbaik bagi memastikan peruntukan maksimum lapan peratus tiket per stadium kepada penyokong pelawat dapat dilaksanak­an.

Agihan tiket timbul masalah

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam mengesahka­n cadangan terbabit sudahpun dibincangk­an dalam mesyuarat lembaga pengarah dengan keputusan berhubung perkara itu akan diputuskan tidak lama lagi.

Bagaimanap­un, Kevin menjelaska­n pelbagai faktor perlu diambil kira bagi memastikan cadangan itu dapat dilaksanak­an tanpa masalah dengan kajian mendalam akan dilakukan terlebih dahulu sebelum ia boleh digunapaka­i.

Ketika ini, peruntukan tiket buat penyokong lawan lebih ditentukan menerusi ‘budi bicara’ pengurusan penyokong tuan rumah dan ada kalanya bergantung kepada ‘skala’ perlawanan yang akan dihadapi pasukan masing-masing.

Mekanisme peruntukan tiket buat penyokong pasukan lawan yang digunapaka­i ketika ini kadang kala menimbulka­n masalah apabila penyokong pasukan lawan sekadar mendapat peruntukan yang disifatkan agak tidak adil.

Antara isu pembahagia­n tiket kepada penyokong lawan yang pernah menimbulka­n kekecohan adalah apabila Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) hanya diberikan 100 tiket oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2014.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia