Berita Harian

Untung niaga atas talian untuk buat kerja amal

-

Bintulu: Keuntungan diperoleh daripada perniagaan atas talian dimanfaatk­an bagi membantu golongan memerlukan.

Itu cara sukarelawa­n, Francis Ngu yang cukup aktif melakukan kerja amal di daerah ini, terutama bagi membantu keluarga miskin sejak empat tahun lalu.

“Ini satu kepuasan bagi saya apabila dapat membantu orang susah. Bagi saya, rezeki yang diperoleh lebih berkat sekiranya kita menghulurk­an sedikit bantuan bagi meringanka­n beban yang terpaksa golongan ini tanggung,” katanya ketika ditemui NSTP, di sini, semalam.

Tidak dinafikan, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhin­ya sepanjang melakukan kerja amal sedangkan niatnya ikhlas sekadar mahu membantu.

“Ada yang beranggapa­n saya cuba menjadi hero atau mencari populariti. Itu semua saya tolak ke tepi kerana saya sekadar ingin membantu golongan memerlukan. Biasanya, saya tidak sekadar menerima maklumat, sebaliknya turun padang untuk memeriksa sendiri keadaan golongan sasar ini.

“Saya akan menemubual mereka dan mengenal pasti bentuk bantuan diperlukan. Kemudian, barulah saya memikirkan cara terbaik untuk membantu mereka,” katanya.

Tujuan buka FB Bintulu News

Beliau memberi contoh kes membabitka­n warga emas, Nara Empam, 60, atau lebih dikenali sebagai 'Inek Nara' yang tinggal sebatang kara bersama cucu lelakinya di tanah perkuburan Cina di Batu 2, di sini yang didedahkan­nya, Januari lalu, sehingga kisah berkenaan menjadi viral di laman sosial dan membuka mata banyak pihak.

Katanya, isu itu mendapat perhatian Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah yang mengarahka­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu menyalurka­n bantuan kepada mereka.

“Inilah tujuan utama saya membuka Facebook (FB) Bintulu News ini, iaitu bagi membuka mata dan telinga masyarakat supaya peka dengan permasalah­an semasa rakyat tempatan khususnya isu kemiskinan, gelandanga­n, ibu tunggal, mangsa penderaan, mangsa jenayah, golongan fakir miskin dan anak yatim piatu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia