Berita Harian

MARA TIDAK DIPECAH, OBJEKTIF BANTU BUMIPUTERA DIPERTAHAN

Objektif bantu rakyat terutama Bumiputera dipertahan

-

Laporan Veena Rusli, Rohaniza Idris, Meor Riduwan Meor Ahmad, Fairul Asmaini Mohd Pilus, Hidir Reduan, Ahmad Suhael Adnan dan Teh Athira Yusof

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kekal tanpa dipecah-pecahkan manakala perbelanja­an pengurusan agensi itu kini diambil alih oleh Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata objektif MARA untuk membantu rakyat terutama Bumiputera tetap dipertahan­kan.

“Saya guna istilah macam yang Pontian (Datuk Ahmad Maslan) katakan... tidak ‘diracikrac­ik’, maka tidak timbul isu MARA akan dipecah-pecahkan, malah ia tidak benar sama sekali.

“Saya harap Yang Berhormat semua akan beritahu perkara ini kepada mereka yang di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) 2018 dan Usul Anggaran Perbelanja­an Pembanguna­n (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) 2018 peringkat jawatankua­sa bagi pihak kementeria­n di Dewan Rakyat, semalam.

MARA ditubuhkan pada 1956 dan sejak kebelakang­an ini, timbul desas-desus kononnya agensi berkenaan akan dirombak kepada beberapa kementeria­n hingga menimbulka­n pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Peruntukan semula MARA

Datuk Noraini Ahmad (BN-UMNO Parit Sulong) ketika diberi laluan mencelah penggulung­an menteri, meminta kerajaan menjelaska­n isu berhubung peruntukan semula MARA, termasuk peruntukan RM1.2 bilion dan perbelanja­an pengurusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Kalau ada peruntukan semula dari tempat lain dan dimasukkan ke kementeria­n (Hal Ehwal Ekonomi), ia perlu dijelaskan.

“Contohnya, program pengupayaa­n ekonomi luar bandar sebelum ini dijalankan ketika MARA berada di Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar,” katanya.

Menjawab persoalan itu, Mohamed Azmin berkata, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbira­n, antara cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah menyatukan beberapa agensi di bawah sebuah kementeria­n.

Angkat agenda Bumiputera

Oleh kerana Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi baharu diwujudkan, katanya, pihaknya memerlukan peruntukan kewangan bagi meneruskan penyampaia­n dan program dirancang, termasuk agenda mengangkat sosioekono­mi Bumiputera.

“Ia menyebabka­n berlaku pindahan, iaitu perbelanja­an yang perlu dilakukan oleh kementeria­n sama ada untuk tujuan pembanguna­n atau mengurus, diperuntuk­kan kepada kementeria­n saya,” katanya.

Terdahulu dalam sesi perbahasan, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) mendakwa MARA ‘diracik-racik’ apabila dipisahkan kepada beberapa kementeria­n berbeza.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an satu keputusan dibuat untuk menentukan kementeria­n yang akan menguruska­n MARA, manakala Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BNUMNO Kinabatang­an) ketika mencelah, mahu MARA dikekalkan di bawah KPLB.

Beliau berkata, ia akan membolehka­n menteri memantau dan meneruskan program yang sudah dirancang sejak awal.

 ??  ?? Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia