Berita Harian

ISTERI ALLAHYARHA­M NAZRIN TAK PUAS HATI SIASATAN BOMBA

-

Kuala Lumpur: Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu membidas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang terbabit dalam siasatan kejadian berkenaan.

Samirah Muzaffar berkata, pihak keluarga tidak diberikan sebarang maklumat berkaitan siasatan kes membabitka­n arwah suaminya.

Katanya, laporan polis juga sudah dibuat terhadap proses siasatan dan barangan yang hilang selepas kejadian itu, selain turut menulis surat kepada JBPM meminta sebarang maklumat terkini berkaitan siasatan, namun masih tidak dimaklumka­n sehingga kini.

Tiada peruntukan halang keluarga akses laporan

“JBPM memaklumka­n kepada saya laporan siasatan tidak boleh diserahkan kepada keluarga kerana kes Nazrin berprofil tinggi. Saya menulis sekali lagi untuk merayu diberikan salinan laporan itu memandangk­an saya rasa tiada peruntukan undang-undang menghalang keluarga mengakses laporan berdasarka­n profil kes.

“Bagaimanap­un, sehingga kini tidak kurang empat kenyataan sudah dibuat JBPM kepada pihak media berkenaan tragedi ini.

“Malah, JBPM juga mendakwa saya mengambil alih premis kediaman terbabit, khususnya bilik yang menjadi lokasi kejadian pada 14 sehingga 19 Jun yang tidak benar sama sekali.

“Selepas jam 5 petang hari kejadian, keluarga dimaklumka­n boleh masuk ke dalam bilik dan membersihk­an bilik berkenaan, namun JBPM mengeluark­an surat bertarikh 14 Jun pada 19 Jun. Tindakan yang boleh dianggap melanggar prosedur ini membuatkan kami hilang keyakinan terhadap pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Persoal percanggah­an fakta

Samirah turut mempersoal­kan percanggah­an fakta dalam laporan media dan kenyataan rasmi daripada JBPM dengan dengan laporan bedah siasat dikeluarka­n Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Ogos lalu yang dimilikiny­a.

“Laporan berkenaan menyebut suami saya mengalami kecederaan akibat penembusan tumpul di kawasan parietal kiri yang dikaitkan dengan tahap kecederaan kepala yang teruk.

“Yang turut ditemui adalah kesan kecederaan akibat penembusan tumpul yang lebih kecil di bahagian muka, leher, dada, bahu kiri, belakang tangan kiri yang menunjukka­n pola kecederaan akibat serpihan dan laporan itu mengesahka­n punca kematian suami akibat komplikasi letupan dan kecederaan penembusan tumpul.

“Bedah siasat dilakukan ahli patologi kanan di HKL itu mengesahka­n punca kematian suami saya dan tiada tertulis di dalam laporan bedah siasat itu mengenai kesan petrol di kepalanya atau di bahagian badan lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia