Berita Harian

JIRAN LIHAT SUSPEK LAP DARAH DI LANTAI

-

Puchong: Seorang jiran mendakwa melihat seorang bapa menggunaka­n mop untuk mengelap kesan darah anaknya yang berlumuran di hadapan rumah, di Flet Puchong Permai, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dipercayai diletakkan di hadapan rumahnya selepas lelaki itu menetak anaknya di bahagian kepala dan tangan dengan parang sehingga maut.

Jiran suspek, S Letchumy, 68, berkata jiran lain juga memaklumka­n suspek berada dalam keadaan tidak sedar dan ‘khayal’ ketika membersihk­an kawasan rumahnya.

“Ada jiran tanya, itu anak kamu ke? Lelaki itu mengatakan tidak, seolah-olah lelaki itu tidak sedar apa yang berlaku.

“Suspek lap darah yang berlumuran itu petang semalam (kelmarin), ketika itu saya baru bangun daripada tidur.

“Saya tidak pergi ke lokasi kejadian, saya ada masalah jantung.

“Saya mendapat maklumat mengenai insiden itu daripada jiran lain, saya menangis ketika mendengar apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di flet itu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang kelmarin, suspek berusia 35 tahun itu dikatakan menetak tiga kali bahagian kepala dan pergelanga­n kanan anaknya yang sedang tidur.

Letchumy berkata, dia tidak pernah dengar ibu bapa mangsa bergaduh, malahan melihat kanak-kanak itu sentiasa kelihatan riang.

“Mereka menetap di sini sejak setahun lalu, tidak pernah dengar mereka bertengkar, saya berdosa jika tipu.

“Saya tinggal di sebelah rumah mereka, kadang-kadang kanak-kanak itu ke rumah saya dan bermain bersama cucu.

Suspek disifatkan peramah

“Walaupun budak itu kurang bercakap, namun dia sentiasa nampak ceria,” katanya.

Selain itu, Letchumy berkata suspek disifatkan sebagai lelaki peramah dan mesra dengan penduduk setempat.

“Mengikut pengetahua­n saya, suspek bertugas sebagai anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) pada waktu malam, manakala ibu mangsa bekerja di pusat beli-belah berdekatan, dari pagi hingga lewat petang.

“Kadang-kadang terserempa­k dengan ayah kanak-kanak itu, kami berbual macam biasa,” katanya.

Seorang lagi jiran mangsa, G Raja, 68, mendakwa mangsa kelihatan lebih rapat dengan ibunya berbanding suspek.

Dia yang juga pemandu teksi, berkata suspek pernah meminjam wang daripadany­a untuk membeli rokok dan susu.

“Kadang-kala, bapa mangsa itu ada meminjam RM50. Saya bantu yang mana boleh, kita pun faham mungkin ada hari, ada bulan keluarga itu mengalami masalah kewangan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? S Letchumy
S Letchumy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia