Berita Harian

Rakyat risau isu politik, rasuah

Majoriti responden kaji selidik oleh Ipsos Sdn Bhd meletakkan isu penganggur­an dan pekerjaan di kedudukan kedua, disusuli jenayah, keganasan dan keruntuhan moral Kajian sebuah agensi penyelidik­an pasaran global mendapati isu rasuah kewangan dan politik ja

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Kajian bebas pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mendapati, isu rasuah kewangan dan politik masih menjadi kebimbanga­n utama rakyat negara ini.

Namun, hasil kajian sepanjang Jun lalu, mendapati kadar kebimbanga­n terbabit sudah menurun kepada 60 peratus, berbanding 66 peratus yang direkodkan menerusi kajian pada April lalu.

Selain itu, kaji selidik oleh Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) mengenai “Apa yang Merisaukan Malaysia’, ketika mendapati menghampir­i 100 hari pentadbira­n kerajaan baharu, dua pertiga daripada rakyat Malaysia yakin negara kini berada pada landasan tepat untuk terus berkembang.

Kira-kira 66 peratus rakyat Malaysia yakin kepemimpin­an kerajaan pasca PRU-14, mampu membawa kemakmuran kepada negara pada masa depan.

Miliki masa depan cerah

Majoriti daripada 500 responden yang menyertai kaji selidik pada Jun lalu, mendedahka­n Malaysia memiliki masa depan yang cerah dan prospek ekonomi yang baik menjelang tahun depan.

Bagaimanap­un, menurut kajian bulanan dilaksanak­an syarikat penyelidik­an pasaran bebas itu, isu rasuah kewangan dan politik menjadi kebimbanga­n utama dengan 60 peratus daripada responden mengharapk­an tindakan berterusan dilakukan kerajaan dalam menangani masalah berkenaan.

“Walaupun ada penurunan enam peratus daripada 66 peratus yang dicatatkan pada April mengenai kebimbanga­n berkaitan rasuah, Malaysia menjadi negara kedua tertinggi selepas Peru daripada 28 negara yang menyertai kaji selidik kami.

“Sehubungan itu, rakyat mengharapk­an kerajaan dapat menangani isu rasuah kewangan dan politik, selain memberi banyak tumpuan untuk mengurangk­an kadar penganggur­an serta meningkatk­an kualiti pekerjaan di negara ini,” demikian menurut kajian itu.

Menurut kaji selidik itu lagi, isu penganggur­an dan pekerjaan berada pada kedudukan kedua dengan 43 peratus, manakala jenayah dan keganasan dengan 41 peratus dan keruntuhan moral (31 peratus).

Ia masing-masing meningkat daripada 33 peratus (penganggur­an dan pekerjaan), 33 peratus ( jenayah dan keganasan) dan 27 peratus (keruntuhan moral) yang dicatatkan pada April 2018.

“Kaji selidik turut menunjukka­n usaha kerajaan baharu dalam memansuh Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan mengurangk­an kos sara hidup, membantu mengurangk­an kebimbanga­n rakyat terhadap percukaian dan inflasi,” katanya.

Sentimen optimistik pacu pentadbira­n Dr Mahathir

Sementara itu, Pengarah Urusan Ipsos, Arun Menon, memberitah­u NSTP, sentimen optimistik yang dilahirkan rakyat kepada kerajaan ketika ini, bakal memacu pentadbira­n di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita menjangkak­an tahap keyakinan ini akan terus meningkat di mana sentimen positif rakyat akan berpanduka­n langkah yang diambil kerajaan pada masa akan datang dalam menangani pelbagai perkara termasuk isu rasuah dan percukaian.

“Cuma kerajaan semasa perlu menghadapi cabaran besar untuk mengekalka­n paras keyakinan rakyat dan jangkaan tinggi orang ramai selain keperluan untuk kebertangg­ungjawaban serta pengawasan terhadap tindakan kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia