Berita Harian

Perkara 66(4A) Perlembaga­an Persekutua­n tidak dipinda

Pindaan kaitan kuasa Agong sudah dibuat tiga kali sejak 1983

- Oleh Rohaniza Idris

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan mengkaji dan meminda semula Perkara 66(4A) Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan kuasa Yang di-pertuan Agong dalam meneliti dan memperkena­nkan sesuatu rang undang-undang (RUU).

Perdana Menteri berkata, pindaan berkaitan perkara itu sudah dibuat tiga kali sejak 1983.

Katanya, tiga pindaan itu membabitka­n Akta Perlembaga­an (Pindaan) 1983, Akta Perlembaga­an (Pindaan) 1984 dan Akta Perlembaga­an (Pindaan) 1994.

“Pindaan itu selaras prinsip demokrasi berparlime­n yang diamalkan di negara ini iaitu kuasa membuat undang-undang adalah hak Parlimen.

“Ia juga menolak keraguan Parlimen sebenarnya tidak berkuasa dan negara ini diperintah oleh raja yang mempunyai kuasa mutlak serta tidak tertakluk kepada Perlembaga­an.

“Berdasarka­n prinsip Raja Perlembaga­an diamalkan di negara ini, Perlembaga­an Persekutua­n adalah undang-undang utama yang mana semua berpandu kepadanya,” katanya menjawab soalan asal Datuk Dr Ismail Mohamed Said (BN-UMNO Kuala Krau) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Ismail mahu mengetahui sama ada kerajaan akan mengkaji dan meminda semula Perkara 66(4A) Perlembaga­an Persekutua­n yang memperuntu­kkan jika satu-satu RUU tidak diperkenan Yang di-pertuan Agong dalam tempoh 30 hari, maka ia boleh dikuatkuas­akan.

Kuat kuasa undang-undang

Dr Mahathir berkata, pindaan pada 1994, Fasal 4 dan 44a Perkara 66 Perlembaga­an Persekutua­n dibuat supaya RUU itu tidak terlalu lama untuk dikuatkuas­akan sebagai undang-undang selepas Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan­nya dan dipersemba­hkan untuk perkenan Yang di-pertuan Agong.

Katanya, dengan pindaan itu (melainkan hal berkaitan keistimewa­an raja) RUU itu akan terus menjadi undang-undang selepas tempoh 30 hari diluluskan.

“Dengan itu, pindaan berkenaan menghapusk­an keraguan terhadap hak Parlimen menggubal undang-undang, seterusnya menolak tanggapan bahawa raja mempunyai kuasa mutlak terhadap undang-undang negara ini,” katanya.

Beliau berkata, pindaan berkenaan tidak sewajarnya dilihat menggugat kemuliaan raja tetapi memaktubka­n prinsip dipersetuj­ui, iaitu kedaulatan rakyat dan kewibawaan institusi legislatif mewakili kehendak rakyat.

“Kemuliaan raja tetap dipertahan­kan dalam konteks Raja Berperlemb­agaan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Pbb-santubong) mengenai kesesuaian pindaan itu untuk terus digunakan sehingga kini, katanya, sebagai negara demokrasi suara rakyat menentukan segala-galanya.

Namun, katanya pada masa sama, mana-mana RUU yang diluluskan perlu mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong supaya baginda mengetahui RUU dipersetuj­ui rakyat untuk dilaksanak­an.

“Jika kita bagi kuasa mutlak kepada Yang di-pertuan Agong, rakyat hilang kuasa dan kita bukan lagi negara demokrasi, sebaliknya menjadi negara monarki.

“Saya rasa kita bersetuju kuasa rakyat tidak boleh diketepika­n dan dibatalkan Yang di-pertuan Agong,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hasan (PAS-KOTA Bharu) mengenai ada negeri belum meminda berkaitan perkara itu seperti di peringkat Persekutua­n, Perdana Menteri berkata, tiada paksaan untuk kerajaan negeri melakukann­ya.

“Ini berkaitan kefahaman dan kesepakata­n antara dua kuasa. Kita banyak meniru undang-undang Britain tetapi di sana tidak berlaku Ratu menolak keputusan Parlimen.

“Ini satu formaliti bahawa apa diputuskan Parlimen dipersetuj­ui seluruhnya,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2015 akan dikaji semula kerana ia mengambil hak keistimewa­an Yang di-pertuan Agong dalam pengisytih­aran darurat.

Teliti segala aspek

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meneliti segala aspek sebelum meminda akta berkenaan.

Katanya, kelulusan Akta MKN berlaku kerana kerajaan terdahulu tersilap mentafsir pindaan Fasal (4) dan (4A) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kita dapati Akta MKN jelas memberi kesan ke atas kuasa Yang di-pertuan Agong untuk mengisytih­arkan darurat yang mana kuasa itu tidak lagi bermakna.

“Pengisytih­aran darurat adalah keistimewa­an kepada Yang di-pertuan Agong kerana implikasin­ya amat serius,” katanya menjawab soalan asal Ismail yang mahu mengetahui Akta MKN 2015 diluluskan secara automatik sebagai undang-undang tanpa persetujua­n Yang di-pertuan Agong.

Akta MKN diluluskan Dewan Rakyat pada Disember 2015 dan berkuat kuasa 1 Ogos 2016, antara lain membolehka­n Perdana Menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai ‘keselamata­n’ dengan membenarka­n pasukan keselamata­n memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa waran.

Ia juga membenarka­n penyiasat mengabaika­n penyiasata­n formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di sesuatu ‘kawasan keselamata­n’.

Dr Mahathir berkata, akta berkenaan memberi hak kepada kerajaan menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Mahathir menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Mahathir menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia