Berita Harian

Dakwaan lupus bahan bukti, PAS persoal status siasatan 1MDB

-

Kuala Lumpur: Rampasan kapal Equanimity baru-baru ini, menimbulka­n persoalan apakah status terkini siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Ketua Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Julai lalu memaklumka­n siasatan hanya selesai setakat 50 peratus saja.

Susulan itu, katanya, rakyat tertanya-tanya sama ada kapal itu boleh dijual kerana siasatan kes 1MDB masih belum selesai dan ia pula dikategori­kan sebagai sebahagian daripada bahan bukti.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memaklumka­n penyelengg­araan kapal Equanimity memerlukan kos RM2 juta sebulan, menyebabka­n kapal terbabit perlu dijual secepat mungkin.

Bahan bukti

“Jika siasatan 1MDB belum selesai, bolehkah kapal itu dijual sedangkan ia dikategori­kan sebahagian daripada bahan bukti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, kerajaan kini juga sedang berusaha mendapatka­n jet peribadi Jho Low dari Singapura, tetapi wujud persoalan berhubung kos penyelengg­araannya.

“Bolehkah jet itu dijual sebelum siasatan 1MDB selesai dan diputuskan mahkamah. Kita khuatir siasatan 1MDB mengambil masa lama dan akan selesai bersama proses mahkamah.

“Jadi, berapa lama kerajaan PH perlu menanggung kos penyelengg­araan jet peribadi dan kapal Equanimity itu,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, dalam keadaan kerajaan PH menghadapi masalah kewangan untuk menunaikan janji 100 hari, isu ini dilihat sebagai satu drama kerajaan PH untuk mengekalka­n mata politik terhadap BN.

Bagaimanap­un, katanya, keadaan itu menjadikan rakyat sebagai mangsa dan perkara ini tidak seharusnya berlaku.

Bolehkah jet itu dijual sebelum siasatan 1MDB selesai dan diputuskan mahkamah. Kita khuatir siasatan 1MDB mengambil masa lama dan akan selesai bersama proses mahkamah” Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia