Berita Harian

Sita kapal sah ikut undang-undang

-

Kuala Lumpur: Penyitaan kapal mewah Equanimity dan dua syarikat subsidiari 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) adalah sah mengikut undang-undang negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata pembelian kapal itu didakwa tidak sah kerana dipercayai menggunaka­n wang 1MDB dan dua syarikat subsidiari.

Katanya, susulan permohonan kerajaan dan syarikat berkenaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluark­an waran penahanan terhadap Equanimity apabila ia tiba di Pelabuhan Klang pada 7 Ogos lalu.

“Oleh yang demikian, dakwaan kononnya Malaysia merampas prosiding negara lain adalah tidak benar sama sekali. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju kerajaan Indonesia menyerahka­n Equanimity kepada Malaysia.

“Justeru, tuduhan Malaysia merampas prosiding negara lain adalah tidak berasas sama sekali,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman (BN-UMNO Pengerang) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Kebenaran dakwaan

Azalina bertanyaka­n sejauh mana kebenaran dakwaan peguam Low Taek Jho atau Jho Low kononnya tindakan menyita kapal Equanimity oleh kerajaan Malaysia adalah tidak sah dan merampas prosiding negara lain.

Sebuah portal berita pada Ahad lalu melaporkan Jho Low menyatakan tindakan kerajaan menyita kapal Equanimity sebagai tidak sah.

Menurut laporan itu, Jho Low menerusi peguamnya menuduh tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai ‘merampas’ prosiding undang-undang negara lain selain menyelar kenyataan kerajaan yang mahu menjualnya secepat mungkin bagi mengelak penyusutan nilai.

Vui Keong berkata, mengikut afidavit sokongan yang difailkan di mahkamah, rekod pada 9 September 2013 menyatakan kapal berkenaan dibina di Rotterdam, Belanda atas nama Low Taek Jho dan ibu bapanya, Larry Low Hock Peng dan Evelyn Low.

Katanya, ibu bapa Jho Low dipercayai turut terbang dari Barcelona, Sepanyol ke Rotterdam untuk melihat kapal berkenaan.

Tunggu Jho Low pulang

Menjawab soalan tambahan Azalina sama ada kerajaan akan membenarka­n pihak yang mendakwa pemilik sebenar Equanimity membuat permohonan sebelum dijual, Vui Keong berkata, kerajaan menunggu kepulangan Jho Low untuk menuntut kapal berkenaan.

Beliau berkata, waran tangkap yang dikeluarka­n Malaysia terhadap pemilik Equanimity mengikut nombor 1012086, Kepulauan Cayman dan dokumen mahkamah menyatakan mereka adalah pemilik kapal berkenaan.

“Afidavit juga difailkan pihak kerajaan untuk menyokong waran tangkap itu terhadap defendan dan kapal Equanimity. Malaysia menunggu kepulangan Jho Low untut menuntut Equanimity jika benar dia adalah pemiliknya.

Dakwaan kononnya Malaysia merampas prosiding negara lain adalah tidak benar sama sekali. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju kerajaan Indonesia menyerahka­n Equanimity kepada Malaysia” Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia