Berita Harian

PH jamin pertahan bahasa, hak istimewa orang Melayu

Peruntukan jelas termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n

- Oleh Rohaniza Idris

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mempertaha­nkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengiktira­f kedudukan serta hak keistimewa­an orang Melayu.

Perdana Menteri berkata, jaminan itu dibuat kerana hal mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentinga­n sah kaum lain diperuntuk­kan secara jelas.

Katanya, ia berada dalam Fasal (1) Perkara 153 tanggungja­wab Yang di-pertuan Agong (YDPA) untuk melindungi kedudukan istimewa itu.

Katanya, berdasarka­n peruntukan Perkara 153 Perlembaga­an Persekutua­n, Yang di-pertuan Agong diberi kuasa melindungi tiga bidang menjadi keistimewa­an orang Melayu dan anak negeri di Sabah dan Sarawak, merangkumi perkhidmat­an awam, ekonomi dan pendidikan.

“Yang di-pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri, berhak menentukan perizaban apa-apa perkadaran difikirkan munasabah.

Bahasa Melayu diutama

“Ini bagi jawatan dalam sektor awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewa­an pendidikan atau latihan seumpamany­a atau kemudahan khas serta pemberian permit atau lesen dikehendak­i undang-undang Persekutua­n,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO Lenggong) berhubung jaminan kerajaan terhadap hak Melayu dan Bumiputera terbela pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Dr Mahathir berkata, peruntukan berkaitan bahasa Melayu dinyatakan menerusi Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n yang menegaskan bahasa kebangsaan negara ini ialah bahasa Melayu.

Namun, katanya, sesiapa saja bebas menggunaka­n, mengajar dan belajar bahasa lain, selain bagi maksud rasmi.

“Berdasarka­n peruntukan ini juga, Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri berhak memelihara dan meneruskan penggunaan serta pengajian bahasa kaum lain,” katanya.

Mengenai penggunaan bahasa Melayu dalam sektor perkhidmat­an awam, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mematuhi Pekeliling Perkhidmat­an Bilangan 9 Tahun 2011 iaitu Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmat­an Awam.

“Sebarang cadangan pindaan berhubung perkara ini perlu dirunding dan mendapat persetujua­n Majlis Raja-raja selaras kehendak Perkara 159 dan Perkara 38 Perlembaga­an Persekutua­n sebelum dilaksanak­an,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Shamsul Anuar, Dr Mahathir menegaskan, bahasa Melayu tetap diutamakan dalam urusan rasmi negara.

Bagaimanap­un, katanya, penterjema­han ke bahasa lain perlu dilakukan dalam keadaan tertentu, termasuk ke bahasa Inggeris bagi tujuan penjelasan.

Mudah difahami semua

“Perlembaga­an kita memenuhi segala kehendak berkenaan perlindung­an bahasa kebangsaan, tetapi ada kalanya terjemahan dibuat dalam bahasa lain. Namun demikian, bahasa rasmi adalah bahasa Melayu kerana terjemahan bukan bahasa rasmi.

“Kalau tidak betul (terjemahan) itu adalah hal dia dan yang betul boleh dibawa ke mahkamah adalah ditulis dalam bahasa Melayu,” katanya.

Dr Mahathir turut mempertaha­nkan tindakan beberapa menteri tidak menggunaka­n bahasa Melayu dalam sesetengah majlis rasmi kerana ada tetamu dalam kalangan warga asing di majlis berkenaan.

“Kadang-kadang ada orang yang menggunaka­n bahasa Inggeris atau bahasa lain untuk menjelaska­n sesuatu yang tidak difahami.

“Ini khususnya orang asing yang tidak fasih bahasa Melayu, sebab itu ada menteri menggunaka­n bahasa Inggeris atau Tamil atau Mandarin untuk memberi penjelasan namun itu adalah tidak rasmi,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr R Santhara Kumar (PH-PKR Segamat) mengenai surat rasmi kerajaan kepada negara luar yang ditulis dalam bahasa ibunda negara berkenaan, Dr Mahathir berkata, hubungan antarabang­sa lebih mementingk­an maksud surat itu difahami oleh penerima.

“Apa yang rasmi adalah bahasa Melayu, jadi kita hantarkan dalam bahasa Melayu bersama terjemahan­nya dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia