Berita Harian

Kaum India 60 tahun ke atas dapat kerakyatan

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bersetuju memberi status kewarganeg­araan kepada 3,407 kaum India berusia 60 tahun dan ke atas yang memegang kad pengenalan merah.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu bagi menunaikan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berjanji menyelesai­kan isu kerakyatan kaum India di negara ini.

Katanya, kad pengenalan biru atau Mykad akan diberi selepas mereka mengisi borang dan mendaftar di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Perlu isi borang di JPN

“Bagi mereka berusia lebih 60 tahun, kita akan terus bagi kad pengenalan biru dan menjadi warganegar­a.

“Namun, mereka perlu mengisi borang di JPN. Tiada yang mudah dengan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Parlimen, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Dr Mahathir berkata, kaum India yang memegang kad pengenalan merah tetapi berusia bawah 60 tahun, akan turut diluluskan permohonan sebagai warganegar­a, namun perlu memenuhi syarat ditetapkan Perlembaga­an.

Perlu lulus ujian ditetap

“Antaranya ibu atau bapa rakyat Malaysia dan pemohon sendiri lahir di Malaysia, selain perlu menjalani ujian bahasa Melayu yang mudah.

“Jika mereka lulus ujian dan syarat berkenaan termasuk menetap 12 tahun dengan 10 tahun terakhir di Malaysia, kita akan terima mereka (sebagai warganegar­a),” katanya.

Ditanya mengenai anak kepada ibu bapa yang tidak mendaftark­an perkahwina­n, Dr Mahathir berkata, perkara itu akan dibincangk­an kemudian.

“Ada beberapa perkara sudah jelas, namun kini kita ada pelbagai isu seperti LGBT (lesbian, gay, bisekual, transgende­r), lelaki berkahwin dengan lelaki, perempuan kahwini perempuan juga ada anak.

“Kita berdepan isu biologi baharu,” katanya.

Dalam Buku Harapan, PH berjanji menyelesai­kan isu komuniti India yang tidak mempunyai status kewarganeg­araan dalam 100 hari pentadbira­n jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Namun, mereka perlu mengisi borang di JPN. Tiada yang mudah dengan kerajaan” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia