Berita Harian

Pendaftara­n caruman i-suri dibuka

Individu layak boleh daftar sebagai ahli KWSP untuk sertai skim

- Oleh Nur Lela Zulkipli

Pendaftara­n bagi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-suri) dibuka kepada mereka yang layak, mulai semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish, berkata mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai skim berkenaan dengan mengunjung­i mana-mana 67 cawangan agensi itu di seluruh negara.

“Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarka­n di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (ekasih), boleh menyertai isuri serta membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

“Caruman itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka.

Insentif RM40 setiap bulan

“Ini bagi melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Pendaftara­n i-suri dibuka selaras pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada Persidanga­n Keselamata­n Sosial Antarabang­sa KWSP 2018 minggu lalu.

Mohd Naim berkata, individu yang layak mendaftar i-suri akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP lain.

“i-suri memberi manfaat sama seperti ahli KWSP lain, termasuk dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluara­n umur 50, 55 dan 60 tahun, bantuan hilang upaya, serta bantuan kematian.

“Ini sebagai tambahan kepada insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan,” katanya.

Berdasarka­n statistik ekasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal daripada golongan miskin tegar, layak menerima insentif kerajaan itu selepas mendaftar i-suri.

Hubungi MGCC

Untuk maklumat lanjut mengenai ekasih, orang ramai boleh menghubung­i Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) melalui talian 038000 8000.

Bagi penjelasan mengenai produk dan perkhidmat­an KWSP pula, hubungi Pusat Pengurusan Perhubunga­n melalui talian 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP: www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia