Berita Harian

Polis sudah ambil keterangan Hasanah

Beberapa individu turut dipanggil dalam masa terdekat

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengambil keterangan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Ab Hamid berhubung dakwaan beliau menulis surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa individu lain termasuk pegawai bahagian berkenaan yang berada di Washington, Amerika Syarikat.

“Kita sudah mengambil keterangan Hasanah dan kira-kira dua atau tiga individu akan dirakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuna­n bulanan di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini, semalam.

Dedah surat rahsia

Bulan lalu, sebuah portal berita mendedahka­n surat rahsia dihantar Bahagian Penyelidik­an JPM kepada Pengarah CIA, Gina Haspel.

Antara kandungan surat bertarikh 4 Mei itu meminta sokongan AS terhadap pentadbira­n Datuk Seri Najib Razak se- kiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-14.

Bagaimanap­un, Najib menafikan surat berkenaan dihantar atas arahannya kerana agensi kerajaan, termasuk hal ehwal risikan mempunyai kuasa autonomi untuk menjalanka­n tanggungja­wabnya berdasarka­n pertimbang­an sendiri.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat Hasanah di Balai Polis Travers pada 31 Julai lalu berhubung dakwaan surat berkenaan.

Sementara itu, mengulas tindakan tatatertib dikenakan kepada pegawai dan anggota terbabit salah laku termasuk ketua polis negeri, Mohamad Fuzi berkata, beberapa nama sudah diambil tindakan tatatertib dan dipindahka­n.

“Kes bukan saja membabitka­n judi, tetapi juga rasuah dan peras ugut terutama mereka yang berada di barisan depan seperti trafik, jenayah dan lainlain.

926 pegawai, anggota kena tindakan

“Tindakan tatatertib dan pindah bukan sahaja membabitka­n ketua polis daerah, malah ketua polis negeri serta ketua jabatan siasatan jenayah negeri jika terbabit salah laku atau gagal membendung kegiatan jenayah,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, 926 pegawai dan anggota PDRM dikenakan tindakan Jabatan Integrasi dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Mohamad Fuzi memeriksa perbarisan pada perhimpuna­n bulanan di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Mohamad Fuzi memeriksa perbarisan pada perhimpuna­n bulanan di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia