Berita Harian

Imej orang utan ‘dihilangka­n’

-

Kuala Lumpur: Imej orang utan bercermin mata mungkin ‘dihilangka­n’ daripada logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, berkata ia antara pembaharua­n dalam logo berkenaan yang mendapat kecaman selepas dilancarka­n awal tahun ini.

Logo berkenaan dilancarka­n oleh bekas Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pada Forum Pelanconga­n ASEAN ATF) 2018 di Chiang Mai, Thailand, Januari lalu.

Mohamaddin berkata, proses penambahba­ikan logo itu akan dilaksanak­an menerusi satu pertanding­an yang akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Ubah suai logo

“Kita akan ubah suai satu atau dua bahagian.

“Kita tidak akan buang seluruh logo itu, mungkin orang utan yang pakai kaca mata itu kita hilangkan atau perjelaska­n imej KLCC dalam logo berkenaan.

“Ramai mengkritik dan cakap logo itu tak cantik. Kalau saya sebagai menteri baru masuk cakap logo itu cantik, memang tak betullah,” katanya pada sidang media Majlis Prapelanca­ran Persekutua­n Perpustaka­an dan Institusi Antarabang­sa (IFLA) Kongres Perpustaka­an dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018 di Bangunan Parlimen, semalam.

Mohamaddin mengulas cadangan penambahba­ikan logo TMM 2020 yang mendapat kritikan dan pandangan negatif pelbagai pihak selepas dilancarka­n, awal tahun ini.

Logo seperti setem itu memaparkan imej Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan orang utan, monyet bercermin mata dan penyu memakai cermin mata hitam, dikecam dengan rata-rata menyifatka­nnya sebagai tidak berkualiti.

Mohamed Nazri sebelum ini mempertaha­nkan logo berkenaan dan mempercaya­i jabatan dalam kementeria­n yang bertanggun­gjawab mencipta logo berkenaan.

 ??  ?? Mohamaddin Ketapi
Mohamaddin Ketapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia