Berita Harian

MCA pertaruh calon anak tempatan

-

Kuala Lumpur: MCA mempertaru­hkan ahli perniagaan yang juga anak tempatan, Tan Chee Teong, 40, sebagai calonnya dalam misi sukar Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September ini.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pemilihan Chee Teong dipersetuj­ui Jawatankua­sa Pusat MCA pada 10 Ogos lalu.

“Walaupun Chee Teong tidak memegang jawatan tinggi dalam parti beliau adalah bekas Ahli Jawatankua­sa Bahagian MCA Bangi sebelum bertukar kepada Balakong, anak watan Balakong, muda dan bertenaga.

“Beliau juga aktif dalam gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Balakong,” katanya ketika mengumumka­n calon parti itu untuk mendepani PRK DUN Balakong di Wisma MCA, semalam.

Ka Siong berkata, PRK Balakong kali ini mencatat sejarah kerana buat kali pertama MCA akan menggunaka­n logo parti itu dan tidak menggunaka­n logo dacing Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan, MCA bersikap realistik dan enggan meletakkan sasaran tinggi untuk menang dalam PRK Balakong.

Katanya, MCA menyedari peluang parti itu menang adalah tipis, tetapi menyasarka­n mahu mengecilka­n majoriti undi diraih calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Majoriti undi lebih 35,000 ketika itu, maka kita kena realistik. Kita harap dapat kurangkan majoriti itu.

Kerusi DUN Balakong kosong berikutan kematian penyandang­nya, Eddie Ng yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, 20 Julai lalu.

 ??  ?? Tan Chee Teong
Tan Chee Teong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia