Berita Harian

SSM kurang kompaun hingga 80 peratus

Kempen beri kesedaran, peringatan kepada pemilik syarikat selesai bayaran

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my Subang Jaya

Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) akan melaksanak­an insentif penguranga­n kompaun sehingga 80 peratus kepada pemilik syarikat bermula September depan.

Inisiatif SSM itu bersempena kempen Patuh Akta Syarikat 2016, iaitu Ambil Berat Sayangi Syarikat, bertujuan memberi kesedaran dan peringatan kepada pemilik syarikat serta sebagai pemudah cara menyelesai­kan kompuan tertunggak.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ,berkata pemilik syarikat wajar melaksanak­an tanggungja­wab masing-masing, khususnya dalam menyelesai­kan kompaun supaya kempen yang dijalankan berjaya mencapai objektif.

Kempen bertemakan, Mulakan Pematuhan Akta Baru dengan Sifar Kompaun itu menyediaka­n penguranga­n kompaun 80 peratus pada September; 70 peratus (Oktober), 60 peratus (November ) dan 50 peratus (Disember), tahun ini.

Terdahulu, Saifuddin dalam ucapan perasmian Persidanga­n Kebangsaan SSM 2018 (PKSSM2018) itu berkata, PKSSM2018 bakal menjadi landskap kepada dunia perniagaan hari ini yang berdepan dengan cabaran teknologi digital.

Saifuddin berkata, persidanga­n dua hari itu akan mengubah corak pemikiran peserta yang terdiri daripada setiausaha syarikat, sektor korporat, usahawan dan pihak berkepenti­ngan dengan menerima idea baharu dalam membangunk­an perniagaan masing-masing.

“Perkara utama yang akan dikupas, termasuk isu berkaitan memperkasa pemikiran peserta dalam mengubah landskap perniagaan sekali gus mengajak mereka menyelami senario dunia perniagaan era teknologi digital yang penuh liku dan cabaran.

“Antara fokus perbincang­an adalah berhubung teknologi yang berperanan besar dalam arus informasi, proses globalisas­i dan ekonomi.

Sentuh impak semasa

“Penganjura­n kali ini bersifat holistik dengan menyentuh impak semasa, di samping persediaan menghadapi sebarang kemungkina­n berikutan kepesatan teknologi dan multimedia,” katanya.

Beliau berkata, persidanga­n bertemakan Doing Business In The Age

Of Dispruptio­n dan membabitka­n lebih 1,000 peserta akan mendedahka­n perkembang­an teknologi digital, multimedia dan komunikasi pada masa kini hanya ancaman kepada mereka yang tidak bersedia untuk berubah.

Majlis perasmian itu turut dihadiri, Timbalan Menteri kementeria­n, Chong Chieng Jen, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Zahrah Abd Wahab Fenner, dan Ketua Setiusaha kementeria­n, Datuk Seri Jamil Salleh.

Dua inisiatif terbaru SSM turut diperkenal­kan dalam usaha memperkasa­kan fungsi dan peranan suruhanjay­a itu sebagai penyelia tadbir urus sektor korporat di Malaysia.

Saifuddin berkata, SSM adalah Corporate Rescue Mechanism (CRM), iaitu sebagai kerangka undang-undang baharu di Malaysia.

“CRM diperkenal­kan untuk membantu memulihkan kedudukan syarikat yang menghadapi kekangan kewangan agar kembali beroperasi seperti sedia kala melalui proses pengstrukt­uran syarikat.

“Inisiatif kedua pula, SSM memperkena­lkan Extensible Business Reporting Language (XBRL) atau lebih

dikenali Malaysian Business Reporting System (MBRS). Ia satu platform serah simpan yang membolehka­n syarikat menyerah simpan pelaporan tahunan kepada SSM secara dalam talian,” katanya.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Saifuddin Nasution (kanan) bersama Chieng Jen, Jamil (tengah), Zahrah (kiri) dan Ahli Suruhanjay­a SSM, Professor Datuk Dr Aishah Bidin (dua dari kiri) pada majlis perasmian PKSSM2018 di Subang Jaya, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Saifuddin Nasution (kanan) bersama Chieng Jen, Jamil (tengah), Zahrah (kiri) dan Ahli Suruhanjay­a SSM, Professor Datuk Dr Aishah Bidin (dua dari kiri) pada majlis perasmian PKSSM2018 di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia