Berita Harian

Kementeria­n Kesihatan belum bincang sama ada mahu kenakan tindakan

-

Kota Bharu: Kementeria­n Kesihatan belum mengadakan perbincang­an sama ada tindakan akan dikenakan atau tidak terhadap seorang pegawai perubatan yang menulis surat terbuka berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT).

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas seperti biasa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, ada menyatakan bahawa kenyataann­ya berkaitan LGBT adalah pandangan peribadiny­a.

“Perkara ini saya akan ambil perhatian dan tidak dapat buat apaapa lagi mengenai perkara itu kerana belum ada perbincang­an,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perubatan Integratif di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, semalam.

Baru-baru ini, surat terbuka yang ditulis Dr Nur Ilyani kepada aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berkaitan isu LGBT yang disiarkan di laman sosial Facebook miliknya tersebar di media sosial.

Susulan surat terbuka berkenaan, beliau dikatakan telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam oleh satu kumpulan yang menggesa pegawai perubatan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementeria­n Kesihatan.

Petisyen sokong Dr Nur Ilyani

Sementara itu, petisyen menyokong Dr Nur Ilyani hampir 80,000 tandatanga­n setakat jam 8.30 malam tadi. Petisyen itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) itu bermula sejak Sabtu lalu.

Matlamat petisyen itu bagi menunjukka­n solidariti bersama Dr Nur Ilyani yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia supaya bersama tidak mengiktira­f golongan LGBT, namun menyokong mereka dibantu.

Petisyen itu juga membantah tindakan yang diambil terhadap Dr Nur Ilyani kerana ia tidak wajar berikutan usaha mengiktira­f LGBT akan memburukka­n lagi jangkitan HIV di Malaysia.

Rampas hak OKU Alor Setar,

Di komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menggesa kerajaan menilai semula cadangan golongan LGBT menggunaka­n tandas yang dikhususka­n untuk OKU kerana ia disifatkan sebagai merampas hak mereka.

OKU berkerusi roda, Abdul Malik Said, 35, berkata kenyataan itu sedikit sebanyak mengguris hati golongan senasib dengannya selepas kebanyakan premis dan bangunan gagal memenuhi kemudahan untuk mereka.

“Ini tandas pula, jika golongan ini ada yang menghidap penyakit berbahaya, kami lebih mudah terdedah untuk dijangkiti kerana antibodi kami yang lebih lemah berbanding orang normal.

“Jika kami tidak diberi kemudahan secukupnya tapi janganlah rampas hak kami pula, gunalah tandas lelaki dan wanita mengikut fitrah asal,” katanya.

Ancam keselamata­n

OKU wanita, Siti Nor Azizah Abdul Aziz, 29, bimbang jika komuniti yang ‘sempurna sifat’ itu, memberi ancaman keselamata­n kepada insan sepertinya.

“Saya tidak setuju dengan cadangan kerajaan, saya seorang wanita yang kurang upaya dan sentiasa mengharapk­an bantuan orang lain, jika mahu berkongsi dengan ‘lelaki’, saya rasa tidak selamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia