Berita Harian

Perubahan pentadbira­n kukuh prinsip undang-undang

Usaha pulih, perbaharui institusi penting disambut baik

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@nstp.com.my Kuala Lumpur

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah perubahan pentadbira­n kerajaan baru-baru ini memberikan dorongan baharu dalam usaha memperkuku­h prinsip undangunda­ng negara.

Baginda bertitah, dalam hal ini undang-undang yang mengekang hak kebebasan individu sedang disemak dan usaha juga sedang digembleng untuk menghapusk­an sekatan terhadap media.

Titah baginda, langkah sedang diambil untuk memulih dan memperbaha­rui institusi penting demokrasi dan tadbir urus yang baik, termasuk Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Parlimen, institusi kehakiman, agensi penguat kuasa dan pengawal seliaan selain Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita menyambut baik perubahan ini jika semua inisiatif penting mencapai matlamat dengan sepenuhnya kerana rakyat Malaysia berhak mendapatny­a.

Atasi kekurangan sistem

“Beta tiada keraguan pada masa kita mengatasi kekurangan sistem undang-undang, memperbaik­i kekurangan dalam pelaksanaa­n dan memperbaha­rui institusi, ia akan menjadi lebih mudah bagi negara mencapai taraf hak asasi antarabang­sa,” titah baginda dalam ucaptama pada Persidanga­n Undangunda­ng Antarabang­sa Malaysia (IMLC) 2018, bertema Raising The Bar By Preserving and Furthering the

Rule of Law’, di sini, semalam. Yang turut hadir, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Sultan Nazrin bertitah, pengasinga­n kuasa antara tiga cabang kerajaan bukan saja menjadikan badan kehakiman bebas, berpengeta­huan dan bijaksana, malah berani serta berprinsip.

Pengasinga­n kuasa

Baginda bertitah, pengasinga­n kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman juga seharusnya memastikan semua individu termasuk kerajaan bertanggun­gjawab terhadap undang-undang, walau sebesar mana kuasa dan kekayaan dimiliki.

Titah baginda, ia seperti dititahkan Almarhum ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah melalui penghakima­n penting yang berbunyi;

“Setiap warganegar­a tidak kira status rasmi atau sosial, di bawah tanggungja­wab sama bagi setiap perlakuan dibuat tanpa justifikas­i perundanga­n. Kesaksamaa­n ini di sisi undang-undang meminimumk­an penindasan,”.

Sultan Nazrin bertitah, kedaulatan undang-undang dengan itu terikat dengan perlindung­an hak asasi manusia dan pemelihara­an maruah kerana ia menghalang pegawai awam yang korup menggunaka­n kuasa menganiaya atau membezakan golongan dan individu tertentu.

Baginda bertitah, akhirnya ujian sama ada prinsip undang-undang itu teguh atau sebaliknya dalam sesuatu masyarakat ialah nasib rakyat biasa.

Titah baginda, jika kedaulatan undang-undang mengatasi segala-galanya, setiap warganegar­a perlu mempunyai akses sah dan dilindungi sepenuhnya undang-undang.

“Jika kedaulatan undang-undang itu hanya tinggal pada nama, sudah pasti akan wujud mangsa dan pihak dijadikan mangsa.

“Mengembali­kan prinsip undangunda­ng sentiasa menjadi cabaran jauh lebih besar daripada memusnahka­nnya. Ia bukan tugas yang boleh dilakukan secara mudah, kompromi secara sinis dan langkah separuh hati,” titah baginda.

“Ia tidak mencukupi, lebih-lebih lagi untuk menangani hanya kepada individu bertanggun­gjawab secara langsung merosakkan prinsip undang-undang,” titah baginda.

Pengasinga­n kuasa antara tiga cabang kerajaan bukan saja menjadikan badan kehakiman bebas, berpengeta­huan dan bijaksana, malah berani serta berprinsip” Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] ?? Sultan Nazrin diiringi Richard Malanjum (kiri) dan Thomas (kanan) pada perasmian majlis Persidanga­n Undang-undang Antarabang­sa Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] Sultan Nazrin diiringi Richard Malanjum (kiri) dan Thomas (kanan) pada perasmian majlis Persidanga­n Undang-undang Antarabang­sa Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia