Berita Harian

Pertikaian individu, kerajaan perlu didengar ikut merit kes

-

Kuala Lumpur: Sebarang pertikaian perundanga­n membabitka­n individu dan kerajaan perlu didengar berdasarka­n merit kes, bukannya diketepika­n begitu saja atas alasan teknikal.

Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata pertikaian seumpama itu perlu didengar di mahkamah yang juga berfungsi sebagai benteng antara pihak individu dan kerajaan.

Beliau berkata, akses kepada mahkamah adalah amat kritikal dan sebarang usaha cabang legislatif dan eksekutif untuk menghalang pendengara­n pertikaian seumpama itu perlu ditolak.

Sehubungan itu, katanya, sebarang peruntukan undang-undang bertulis yang cuba menyingkir­kan budi bicara mahkamah untuk mendengar kes berkenaan, perlu dipinda.

Syor gubal undang-undang

“Saya akan mencadangk­an kepada kerajaan supaya menggubal undang-undang berkaitan berhubung perkara itu,” katanya berucap pada pembukaan Persidanga­n Antarabang­sa Undang-undang Malaysia 2018 di sini, semalam.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berangkat ke majlis berkenaan, selain dihadiri Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum serta Presiden Badan Peguam, George Varughese.

Thomas berkata, sementara undang-undang terbabit dipinda, Pejabat Peguam Negara tidak akan bergantung kepada sebarang peruntukan yang cuba menghalang pertikaian itu daripada didengar dan tidak akan membantah hak pemohon untuk membawa kes mereka ke mahkamah.

Katanya, fokus badan itu kini ialah untuk meneliti merit pihak pengadu dalam sesuatu kes dan bukannya mencari sebarang alasan teknikal atau prosedur untuk membatalka­n kes berkenaan.

Sementara itu, Thomas berkata, kerajaan terdahulu berasakan Pejabat Peguam Negara wajar terbabit dalam pelbagai aspek profesion Majlis Peguam yang seterusnya menghalang kebebasan dan autonomi badan terbabit.

Beliau berkata, antara campur tangan Majlis Peguam itu termasuk mewujudkan Lembaga Kelayakan mengikut Seksyen 4 Akta Profesion Undang-undang 1976 (LPA) yang berfungsi memutuskan kelayakan amalan profesiona­l dengan Peguam Negara bertindak sebagai pengerusi.

Halang kebebasan

Katanya, kuasa Peguam Negara juga untuk mengeluark­an Sijil Kemasukan Khas kepada peguam yang sudah beramal selama tidak kurang tujuh tahun di mana-mana negara, untuk beramal di Malaysia mengikut Bahagian IIA, Seksyen 28A to 28E.

“Saya akan menasihatk­an kerajaan baharu bahawa pembabitan rapat kerajaan dalam pengurusan profesion guaman akan menghalang kebebasan badan peguam.

“Kerajaan mesti tidak campur tangan dan membabitka­n diri dalam hal berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Thomas berkata, pihaknya akan menunggu Badan Peguam mendraf undang-undang baharu bagi pengurusan profesion guaman dan memberi jaminan memberikan kebebasan penuh kepada badan itu untuk berbuat demikian.

“Dalam undang-undang baharu itu nanti, tidak perlu ada peranan Peguam Negara atau pihak kerajaan di dalamnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia