Berita Harian

Perlu wujud garis panduan, peraturan guna teknologi

-

Kuala Lumpur: Garis panduan dan peraturan penggunaan teknologi perlu diwujudkan bagi mengelak ia disalah guna sekali gus menyebabka­n kemudarata­n kepada masyarakat.

Nobel Laureate serta Usahawan Sosial dan Pengasas Grameen Bank, Prof Muhammad Yunus, berkata peraturan itu penting kerana teknologi semakin berkembang setiap hari.

“Teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita, namun ia tetap memberi kesan baik dan buruk kepada masyarakat.

“Saya berpendapa­t satu garis panduan dan peraturan perlu diwujudkan untuk memastikan teknologi tidak disalah guna. Mungkin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) boleh mengambil peranan merangka garis panduan terbabit,” katanya.

Manfaat teknologi

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an ucap tama sempena majlis penutup Kongres Teknologi, Sains dan Kejurutera­an Dunia (ESTCON) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Muhammad berkata, teknologi yang berkembang drastik saban hari perlu dimanfaatk­an sebaiknya, namun masyarakat perlu membahagik­an penggunaan itu supaya tidak terlalu bergantung.

Ganti tenaga manusia

“Banyak perkara membabitka­n teknologi perlu dilihat secara serius sebagai contoh penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligen­ce (AI).

“Memang penggunaan teknologi AI amat membantu namun adakah ia akan menggantik­an tenaga kerja manusia?

“Itu antara persoalan yang timbul dan perlu diperhalus­i supaya tiada mana-mana manusia terkesan dengan perkembang­an teknologi yang terlalu drastik ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia