Berita Harian

Separuh dana R&D untuk eksperimen pihak industri

Kerajaan pastikan peruntukan bagi fokus penyelidik­an tahun depan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar akan memastikan separuh daripada dana penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang diperuntuk­kan kepada kementeria­n ini, digunakan untuk melaksanak­an penyelidik­an dan eksperimen bermula tahun depan.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, berkata perkara itu penting bagi memastikan dana diperuntuk­kan untuk tujuan R&D digunakan dengan sebaiknya.

“Dalam konteks Malaysia, R&D buat masa ini terlalu menumpukan penyelidik­an akademik, tetapi hasil penyelidik­an itu tidak diguna sepenuhnya bagi tujuan berkaitan industri.

Penyelidik­an eksperimen

“Malah tahun lalu, 70.5 peratus dana R&D yang diperuntuk­kan terlalu fokus terhadap applied research berbanding 8.6 peratus untuk penyelidik­an eksperimen.

“Sebab itu bermula tahun depan, kementeria­n akan memastikan separuh daripada dana yang diperuntuk­kan untuk R&D akan fokus terhadap penyelidik­an eksperimen membabitka­n pihak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Kongres Teknologi, Sains dan Kejurutera­an Dunia (ESTCON) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Yang turut hadir, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Univeriti Teknologi Petronas (UTP), Prof Dr Mohamed Ibrahim Abd Mutalib.

Mengulas lanjut, Bee Yin berkata, Singapura memperuntu­kkan 48.3 peratus bajet R&D negara itu untuk tujuan penyelidik­an eksperimen, manakala 32.1 peratus bagi applied research.

“Jepun sebagai negara maju juga memperuntu­kkan 63.7 peratus daripada bajet R&D negaranya untuk penyelidik­an eksperimen dan hanya 19.9 peratus bagi applied research,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] ?? Bee Yin beramah mesra dengan Penerima Nobel, Pengasas Grameen dan Yunus, Prof Muhammad Yunus (kiri) dan Mohamed Ibrahim (kanan) pada ESTCON 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] Bee Yin beramah mesra dengan Penerima Nobel, Pengasas Grameen dan Yunus, Prof Muhammad Yunus (kiri) dan Mohamed Ibrahim (kanan) pada ESTCON 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia