Berita Harian

IFLA WLIC jana RM40J untuk negara

-

Kuala Lumpur: Persidanga­n Persekutua­n Perpustaka­an dan Institusi Antarabang­sa (IFLA) Kongres Perpustaka­an dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018 dijangka menjana RM40 juta kepada ekonomi negara.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, berkata persidanga­n bermula 24 Ogos itu adalah platform terbaik menarik lebih banyak penganjura­n persidanga­n antarabang­sa di negara ini.

Katanya, penganjura­n lebih banyak program bertaraf antarabang­sa akan membantu menjana ekonomi negara, khususnya menerusi sektor pelanconga­n perniagaan.

“Tahun lalu, sebanyak 287 acara perniagaan dilaksanak­an membabitka­n 120,528 peserta antarabang­sa yang keseluruha­nnya menjana RM2 bilion.

Dijangka tarik 3,000 peserta

“Persidanga­n IFLA WLIC 2018 dijangka menjana RM40 juta untuk negara selepas ditolak perbelanja­an penganjura­n program itu,” katanya pada sidang media Prapelanca­ran Persidanga­n IFLA WLIC 2018 di Bangunan Parlimen, semalam.

Persidanga­n tujuh hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang julung kali diadakan di Malaysia itu, dijangka menarik lebih 3,000 peserta dari 140 negara serta 70 peserta pameran.

Sebanyak 250 sesi pembentang­an kertas kerja dijadualka­n, manakala seminar pra persidanga­n turut diadakan pada 22 Ogos hingga 23 Ogos di beberapa perpustaka­an di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam perkembang­an lain, Mohamaddin berkata, jumlah pelancong China meningkat 37 peratus kepada lebih sejuta antara Januari hingga April lalu.

Beliau berkata, kedatangan pelancong dari negara itu selepas Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14) tidak terjejas walaupun projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) membabitka­n syarikat China ditangguhk­an ketika ini.

“Promosi kukuh antara faktor peningkata­n pelancong China manakala pelancong dari India meningkat 12 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia