Berita Harian

Majikan boleh bayar gaji pekerja secara mingguan

-

Kuala Lumpur: Majikan boleh membayar gaji pekerja secara mingguan dan amalan itu tidak menyalahi peraturan sedia ada.

Timbalan Menteri Tenaga Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata kerajaan menetapkan peraturan pembayaran gaji seperti peruntukan Seksyen 19 Akta Kerja 1955 dan Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011.

“Mengikut perundanga­n dalam negara, kita tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji mingguan sama ada mengikut jam, hari, minggu atau bulan.

“Syaratnya adalah tempoh upah tidak boleh melebihi sebulan,” katanya menjawab soalan asal Nor Azrina Surip (PH-PKR Merbok) mengenai jika kerajaan membenarka­n gaji dibayar secara mingguan, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan tambahan berhubung pelaksanaa­n gaji minimum RM1,500 yang dibangkitk­an Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-UMNO Baling), Mahfuz berkata perkara itu masih bergantung kepada kelulusan Kabinet.

Pelbagai program

Kepada soalan berasingan, Mahfuz berkata, seramai 303,713 pekerja mendapat sijil dalam pelbagai bidang kemahiran menerusi Program Recognitio­n of Prior Experienta­l Learning (RPEL) dan kaedah Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Katanya, pelbagai program menerusi Jobsmalays­ia termasuk Program Penempatan Pekerjaan (3P) turut diadakan untuk membolehka­n pekerja tempatan mencari pekerjaan bersesuaia­n.

“Penganjura­n karnival pekerjaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menemukan pencari kerja dengan majikan secara langsung.

“Menerusi portal Jobsmalays­ia, pelajar lepasan pusat latihan kemahiran boleh mendaftar secara dalam talian atau di pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Inisiatif itu dilakukan demi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pekerja asing,” katanya menjawab soalan Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-UMNO Padang Besar) mengenai sasaran dan rancangan kerajaan mengurangk­an kebergantu­ngan ke atas pekerja asing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia