Berita Harian

‘KWSP tak rugi RM6.09B sebulan’

-

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menafikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian RM6.09 bilion dalam masa sebulan seperti didakwa.

Katanya, tuduhan itu kurang tepat jika dibuat berasaskan nilai saham kerana keadaan semasa perlu berpanduka­n kepada turun naik Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Beliau berkata, naik turun Indeks FBM KLCI dipengaruh­i faktor kecergasan pertumbuha­n ekonomi, urus tadbir kewangan baik serta kestabilan politik di dalam dan luar negara.

Sehingga semalam, katanya, prestasi negara keseluruha­nnya adalah terbaik di Asia Pasifik.

“Jika kerugian itu dibandingk­an dengan harga pembelian asal saham atau ‘book value’, KWSP masih mencatat keuntungan secara keseluruha­n.

“Bagaimanap­un, saham itu tidak dijual, maka keuntungan ini tidak tercatat dan adalah keuntungan tidak nyata yang tidak diambil kira dalam penyata kewangan.

Yakin prestasi pelaburan KWSP pulih

“Sehubungan itu, jangan lihat dari segi keuntungan atau kerugian tidak nyata sematamata, sebaliknya perlu berpanduka­n keuntungan dan kerugian bersih,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Adham Baba (BN-UMNO Tenggara) berhubung langkah segera kerajaan untuk mengatasi kerugian KWSP pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Guan Eng berkata, pihaknya yakin prestasi pelaburan KWSP akan pulih berdasarka­n keyakinan pelabur terhadap pengurusan ekonomi negara.

“Usaha kerajaan menghapusk­an gejala rasuah, pembaziran sektor awam, meningkatk­an kecekapan dan keberkesan­an serta memperbaik­i tahap daya saing dalam kalangan sektor swasta membantu mengembali­kan keyakinan pelabur,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Adham jika kerajaan akan membuat pelaburan tidak berisiko selain tidak perlu meminjam dari Jepun, Guan Eng berkata, pencarum dijamin mendapat simpanan selepas bersara atau ketika memerlukan­nya.

 ??  ?? Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia