Berita Harian

Memori diserang komunis

-

Padang Terap: Walaupun semakin uzur selepas diserang angin ahmar menyebabka­n lumpuh separuh badan tahun ini, beliau tidak pernah melupakan pengalaman­nya ketika menentang pengganas komunis ketika dalam tentera.

Hani Awang, 67, yang pernah berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) tidak pernah lupa dengan kekejaman komunis apabila beliau nyaris maut selepas diserang hendap ketika bertugas.

Malah setiap kali menonton televisyen kisah peperangan, beliau pasti teringat kejadian bertempur dengan komunis ketika bertugas memburu pengganas itu di kawasan hutan Bukit Berapit, Perak.

Mengimbas kembali pengalaman­nya, Hani berkata, peristiwa diserang hendap komunis itu masih segar dalam ingatan yang berlaku pada 1971 ketika beliau bersama rakan dalam perjalanan ke Bukit Berapit menaiki trak.

Sebaik tiba di kawasan berbukit mereka diserang kumpulan komunis menyebabka­n terpaksa bertindak balas.

“Mujur dalam kejadian itu kami terselamat dan tidak cedera namun gagal menangkap komunis itu apabila mereka melarikan diri.

Tak patah semangat

“Bagaimanap­un selang seminggu kami sekali lagi diserang ketika berada di Bukit Berapit menyebabka­n ada yang cedera namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus memburu komunis terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belukar, Mukim Kurong Hitam, di sini.

Katanya, ketika di dalam hutan, tidur mereka tidak menentu kerana perlu berjaga-jaga dan bersemanga­t untuk menawan komunis demi membebaska­n negara.

“Nasihat saya janganlah manamana pihak membenarka­n fahaman komunis menguasai negara kerana kami pernah berasa sengsara ketika zaman itu,” katanya.

Sementara itu, Penaung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, berkata beliau bersama PBTM terpanggil mengadakan siri lawatan ke atas bekas anggota tentera yang uzur bagi mengenang jasa mereka.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] ?? Hani disuapkan makanan oleh isterinya Nasrah Jusoh, sejak terlantar akibat angin ahmar di Kampung Belukar, Padang Terap.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM /BH] Hani disuapkan makanan oleh isterinya Nasrah Jusoh, sejak terlantar akibat angin ahmar di Kampung Belukar, Padang Terap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia