Berita Harian

Kementeria­n arah khidmat bas beroperasi semula

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Wilayah sudah mengarahka­n Perbadanan Putrajaya mendapatka­n kerjasama syarikat pengendali bas Nadi Putra supaya perkhidmat­an pengangkut­an awam itu beroperasi semula dengan segera.

Menterinya, Khalid Abdul Samad, berkata pihaknya tidak akan berkomprom­i dalam isu penyediaan perkhidmat­an pengangkut­an awam demi kemudahan orang ramai di sekitar Putrajaya.

Katanya, isu itu perlu diselesaik­an dengan baik antara pengurusan dengan kakitangan berhubung sebarang perkara berbangkit.

“Kita mahu perkhidmat­an bas ini dimulakan segera.

“Jika ada tindakan terhadap kakitangan kerana membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu tidak boleh diterima atau disokong oleh kementeria­n saya.

Hak kakitangan

“Laporan kepada SPRM adalah hak kakitangan. Sekiranya berasa ada salah laku, mereka akan dilindungi dan tidak dikenakan tindakan.

“Kalau tindakan diambil atas sebab laporan itu, ia dianggap sebagai bukti ada salah laku,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, isu perkhidmat­an Nadi Putra dikatakan membabitka­n pengurusan dengan kakitangan sehingga ada yang membuat laporan SPRM berhubung salah laku dan salah urus pihak syarikat.

Susulan tindakan itu, katanya, ada beberapa kakitangan ditamatkan perkhidmat­an.

“Nadi Putra mendakwa itu bukan sebabnya tetapi satu kebetulan, namun sekarang perkhidmat­an bas itu terjejas kerana pemandu menyatakan solidariti dengan kakitangan yang dihentikan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ia dipindah milik kepada syarikat swasta yang kini menghadapi masalah.

Dakwa janji tak dipenuhi

“Mereka mendakwa ia berikutan ada janji tidak dipenuhi, termasuk geran Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat (SPAD) yang operasinya sudah ditutup,” katanya.

Khalid memberi jaminan akan membincang­kan sama ada Perbadanan Putrajaya mengambil alih semula perkhidmat­an bas itu atau memenuhi tuntutan Nadi Putra melalui cara lain.

Isu perkhidmat­an bas Nadi Putra yang semakin merosot didedahkan oleh BH sejak Sabtu lalu.

Jika ada tindakan terhadap kakitangan kerana membuat laporan kepada SPRM, itu tidak boleh diterima atau disokong oleh kementeria­n saya” Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia