Berita Harian

Bekas ADUN Kedah direman 5 hari kes seleweng dana RM30,000

-

Alor Setar: Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah bergelar Datuk direman lima hari, mulai semalam, bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 60-an itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris, selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Salah guna dana

Difahamkan, siasatan membabitka­n penyalahgu­naan dana bagi Program Kayuhan Sadao ke Bukit Kayu Hitam pada 2017.

Suspek diwakili Peguam Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.

Sumber berkata, bekas ADUN itu dipercayai memohon penggunaan dana pada Februari tahun lalu, atas alasan bagi penganjura­n sebuah program, namun tidak menggunaka­n wang itu untuk tujuan berkenaan apabila ia diluluskan.

Sementara itu di dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman empat hari

Klang,

bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengemukak­an tuntutan palsu bagi pembelian dakwat kepada Pusat Hidrografi Nasional Pulau Indah berjumlah RM93,685 tahun lalu.

Yang turut direman adalah pemilik syarikat iaitu lelaki berusia 50 tahun yang dipercayai terbabit bagi penjualan dakwat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia