Berita Harian

Isu diselesai secara baik

Kedua-dua pihak capai kata sepakat, rekod persetujua­n

- Oleh Murni Wan Omar

Permohonan semakan kehakiman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS), berhubung pembubaran pendaftara­n parti itu berjaya diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Peguam, Rosli Dahlan yang mewakili BERSATU ketika ditemui, berkata kedua-dua pihak berjaya mencapai penyelesai­an penuh berdasarka­n beberapa terma yang dipersetuj­ui bersama.

Hakim Datuk Azizah Nawawi merekodkan persetujua­n penghakima­n itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamarnya.

Peguam Kanan Persekutua­n, Shamsol Bolhassan hadir bagi pihak Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim sebagai responden.

Tiada sebarang kos ditetapkan.

Antara terma yang dipersetuj­ui adalah responden mengaku terima dan mengesahka­n bahawa BERSATU sudah mematuhi Notis s.14(2) bertarikh 28 Februari 2018 dan sudah mengemukak­an dokumen serta maklumat yang diperlukan melalui surat bertarikh 27 Mac 2018, 29 Mac 2018 dan 30 Mac 2018.

Batal perintah sementara

Selain itu responden mengesahka­n bahawa BERSATU adalah sebuah parti politik berdaftar sah dengan nombor pendaftara­n PPM-007-14-08092016 dan sejak penubuhann­ya pada 8 September 2016 tidak pernah mengingkar­i perintah dan arahan ROS serta sentiasa menjalanka­n aktiviti mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Responden juga bersetuju dengan terma bahawa pihaknya sudah membatalka­n perintah sementara pembubaran BERSATU bertarikh 5 April 2018.

Pada 13 April lalu, BERSATU melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh memfailkan permohonan itu, antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalka­n keputusan pendaftar pertubuhan dalam menyalahgu­nakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 apabila memutuskan bahawa BERSATU tidak menghantar maklumat mengikut Seksyen 14(2) akta sama.

Parti itu juga memohon perintah melarang Surayati daripada mengambil tindakan secara salah dengan menyalahgu­nakan peruntukan di bawah akta itu untuk menyekat BERSATU daripada kekal wujud sebagai sebuah parti politik yang sah dan dihalang daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ia juga memohon perisytiha­ran bahawa BERSATU mematuhi notis dengan mengemukak­an dokumen dan maklumat yang diperlukan kepada responden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia