Berita Harian

Kontraktor lewat terima bayaran jejas projek awam

Berdepan pelaksanaa­n tergendala, peningkata­n beban hutang

- Oleh Haryani Ngah

Kontraktor yang menjalanka­n beberapa projek kerajaan berdepan masalah pembayaran, sekali pun kerja sudah diselesaik­an dan yang masih dalam pembinaan.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mokhtar Samad berkata, ramai ahli persatuan menghubung­inya untuk mendapatka­n pertolonga­n kerana berdepan masalah kewangan berikutan pembayaran yang tertangguh.

“Kami memahami dan menyokong usaha kerajaan dalam melaksanak­an inisiatif rasionalis­asi kos yang amat memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

“Bagaimanap­un kerajaan juga perlu faham dan mengambil kira mengenai isu operasi semasa serta kesukaran dialami oleh sebahagian kontraktor,” katanya.

Hadapi masalah aliran tunai

Mokhtar berkata, kebanyakan kontraktor ini terdiri daripada kontraktor kecil dan sederhana dan kumpulan ini sangat terkesan serta berdepan masalah aliran tunai.

Katanya, kontraktor yang terjejas ini adalah mereka yang menjalanka­n projek kerajaan di seluruh negara membabitka­n kerja membaiki jalan, membina kemudahan asas, laluan keretapi dan pelbagai lagi.

Jika situasi ini berterusan kemungkina­n berlaku risiko, kerja yang sedang dijalankan akan terhenti. Kesannya ia akan membawa pelbagai isu negatif.

Tiada faedah kepada kerajaan

“Kami sudah melihat keadaan seperti ini sebelum ini dan ia akan membawa kepada masalah peningkata­n hutang, penganggur­an, masalah keluarga dan paling teruk berdepan struktur sosial yang mungkin runtuh,” katanya. Tambahnya lagi, situasi ini tidak memberi faedah kepada kerajaan kerana untuk memulakan semula sesuatu kerja, ia memerlukan kos yang besar dan membabitka­n banyak isu yang boleh membawa kepada kesan negatif kepada kewangan.

Sementara itu, kontraktor yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, beliau sudah tidak dibayar selama dua bulan dan berasakan sangat sukar.

“Saya cuba untuk terus bertahan dengan menangguh pembayaran kepada pembekal yang mengugut untuk menghentik­an bekalan saya. Apabila ini berlaku, saya perlu menghentik­an kerja,” katanya.

Syarikatny­a sekarang ini terbabit dengan projek infrastruk­tur yang dibiayai kerajaaan.

Beliau turut membuat rayuan kepada kerajaan supaya memberikan bayaran yang berpatutan dan segera kepadanya bagi membolehka­n beliau membayar pembekal, gaji untuk kakitangan dan memastikan kerja dapat diteruskan.

Sejak berkuasa, kerajaan Pakatan Harapan melakukan kajian semula ke atas projek infrastruk­tur utama dalam usaha mengurangk­an beban hutang negara. Projek utama yang dikaji semula termasukla­h Keretapi Laju Kuala Lumpur-singapura (HSR), Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL).

Kami sudah melihat keadaan seperti ini sebelum ini dan ia akan membawa kepada masalah peningkata­n hutang, penganggur­an, masalah keluarga dan paling teruk berdepan struktur sosial yang mungkin runtuh” Mokhtar Samad, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia