Berita Harian

‘Joli sakan RM2 juta beli pelbagai barang’

-

Kuala Lumpur: Seramai 17 pengawal keselamata­n yang sebelum ini ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjumlah RM3.5 juta, dikesan sudah membelanja­kan lebih RM2 juta wang diambil.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata jumlah yang dibelanjak­an itu bagi membeli kereta, motosikal, barangan perhiasan diri, peralatan elektronik selain barangan kelengkapa­n rumah termasuk perabot.

“Hingga kini SPRM hanya dapat memperoleh semula RM1.47 juta daripada keseluruha­n wang diambil pengawal keselamata­n berkenaan yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya belum menerima laporan daripada manamana pihak berhubung wang tunai RM3.5 juta yang didakwa dicuri daripada Pejabat Perdana Menteri oleh 17 pengawal pada malam PRU-14.

Belum terima laporan

“Setahu saya setakat ini tiada laporan dibuat dan saya belum lagi dimaklumka­n Ketua Polis Kuala Lumpur dan Selangor berhubung perkara itu. Siasatan kes itu membabitka­n SPRM,” katanya selepas perhimpuna­n bulanan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi turut membidas dakwaan yang menyatakan PDRM terbabit dalam perkara itu, sebaliknya ia membabitka­n anggota polis bantuan di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 8 Ogos lalu, 17 pengawal keselamata­n di JPM direman lima hari mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta.

Difahamkan, mereka yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamata­n Gred KP52 berusia 51 tahun dan 16 pengawal keselamata­n masing-masing Gred KP11 hingga 38 berusia antara 31 hingga 51 tahun yang bertugas di Kompleks B, JPM.

SPRM sudah merampas tujuh buah kereta, 12 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang, empat utas rantai, 11 unit telefon bimbit serta perkakas elektrik.

Dalam proses penilaian harga

Tujuh buah kereta itu adalah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah Honda dan masing-masing sebuah Subaru Impreza, Toyota Vios dan Perodua Alza manakala 12 motosikal pula terdiri daripada lima buah berjenama Yahama dan selebihnya berjenama Honda.

Semua kenderaan dan barangan yang disita itu kini masih dalam proses penilaian harga manakala semua pengawal keselamata­n sudah dibebaskan kelmarin dengan jaminan SPRM, masing-masing dengan seorang penjamin.

Hingga kini SPRM hanya dapat memperoleh semula RM1.47 juta daripada keseluruha­n wang diambil pengawal keselamata­n berkenaan yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM)” Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM

 ??  ?? Laporan BH yang disiarkan 9 Ogos lalu.
Laporan BH yang disiarkan 9 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia