Berita Harian

KONFLIK AS-CHINA

Boleh jejaskan ekonomi negara

-

Perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china boleh menjejaska­n pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 1.3 peratus berbanding unjuran asal untuk tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi CIMB Group, Dr Donald Hanna, berkata senario itu mungkin berlaku jika perang tarif terus memuncak dan menggoncan­g keyakinan pasaran kewangan, terutama jika China menjual perbendaha­raan AS.

“Ini akan menyebabka­n penguranga­n perdaganga­n global yang boleh menjejaska­n Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka dan mengakibat­kan kenaikan kadar faedah yang menambah lagi masalah itu,” katanya kepada pemberita di luar Siri Meja Bulan ASEAN mengenai ‘Perang Perdaganga­n dan Impaknya ke atas ASEAN’ anjuran CIMB ASEAN Research Institute (CARI).

Bagaimanap­un, Hanna berkata, angka 1.3 peratus adalah satu kemungkina­n penurunan dan bukan hasil sebenarnya.

AS mengenakan tarif 25 peratus ke atas barangan China bernilai AS$34 bilion dan duti ke atas tambahan AS$16 bilion import yang akan bermula 23 Ogos ini.

Kerajaan AS juga memberi amaran 25 peratus tarif ke atas tambahan AS$200 bilion import dari China.

Hanna juga memetik kemungkina­n impak perang perdaganga­n terhadap pertumbuha­n negara ASEAN lain, termasuk ASEAN6 (-14 peratus), Indonesia (-1.6 peratus), Singapura (-2.0 peratus) dan Thailand (-1.2 peratus).

Beliau juga memberi amaran bahawa dengan skala tindak balas, sesuatu yang lebih buruk boleh berlaku sambil menambah bahawa tarif lebih tinggi bukan hanya menjejaska­n pertumbuha­n China dan AS, malah turut mengehadka­n pertumbuha­n global jika ia memuncak menjadi perang perdaganga­n sepenuhnya.

Sektor paling terkesan

Hanna berkata, ASEAN akan terjejas khususnya melalui kesan kewangan, sambil menambah bahawa lencongan perdaganga­n ke rantau ini dijangka tidak dapat mengimbang­i kerugian perdaganga­n besar daripada tarif AS lebih tinggi.

Katanya, walaupun eksport China mempunyai penguasaan besar dari segi nilai tambah asing, hanya sebahagian kecil daripadany­a adalah dari ASEAN.

Menurut Hanna, impak terbesar adalah sektor elektronik di Malaysia dan Singapura, produk makanan di Indonesia, Malaysia dan Thailand, selain produk kayuan di Indonesia serta Thailand.

“Disebabkan magnitud besar perdaganga­n dan kepentinga­n sektor kewangan di Singapura, KDNK negara itu paling terjejas daripada perang perdaganga­n, khususnya yang mempunyai harga bon AS lebih tinggi.

“Indonesia adalah yang berikutnya, dijejaskan oleh pemilikan nilai tambah lebih tinggi eksport China, oleh defisit perdaganga­nnya dan 42 peratus pasaran bon domestikny­a dipegang oleh pelabur asing,” katanya.

Cabaran serantau

Sementara itu, Pengerusi CARI, Tan Sri Munir Majid, dalam ucapan pembukaann­ya berkata, negara anggota ASEAN kebiasaann­ya bertindak ke atas perang perdaganga­n mengikut kepentinga­n sesebuah negara.

Beliau berkata, adalah menjadi kepentinga­n negara secara bersama untuk menjadikan integrasi ekonomi ASEAN lebih semula jadi bagi meletakkan rantau ini sebagai pusat pengembang­an dan kemakmuran masa depan.

“Campur tangan pasaran berstruktu­r oleh AS pernah berlaku sebelum ini. Plaza Accord, yang memaksa penilaian semula ke atas mata wang yen dan mark, menyebabka­n peningkata­n mendadak pelaburan Jepun di Asia Tenggara.

“Perang perdaganga­n As-china mungkin menyebabka­n penstruktu­ran semula industri serantau, namun aliran pelaburan tidak wajar dihalang dan perdaganga­n bebas perlu dikekalkan,” kata Munir.

Ini akan menyebabka­n penguranga­n perdaganga­n global yang boleh menjejaska­n Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka dan mengakibat­kan kenaikan kadar faedah” Donald Hanna,

Ketua Ahli Ekonomi CIMB Group

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia