Berita Harian

SIRIM, GO AUTO

Jalin usaha sama bidang automotif

- Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Azzman Abdul Jamal

Pengedar kenderaan utiliti sukan (SUV) HAVAL di Malaysia, Go Automobile Manufactur­ing Sdn Bhd (Go Auto) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan SIRIM Berhad (SIRIM) bagi menjalin kerjasama strategik dalam bidang automotif.

Kerjasama jangka masa panjang itu merangkumi pembanguna­n dan peningkata­n produk, teknologi, tenaga manusia dan pasaran atau industri.

Ia termasuk membabitka­n pengeluara­n kenderaan elektrik (EV) selain pembanguna­n kapasiti bateri dan Internet Segalanya (IOT) bagi kenderaan di negara ini.

Kongsi kepakaran, teknologi

Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Datuk SM Azli SM Nasimuddin, berkata kerjasama itu membantu pihaknya memperoleh akses kepada kemudahan penyelidik­an SIRIM.

“Kita akan berkongsi kepakaran teknikal, pemindahan teknologi dan latihan teknikal bagi melaksanak­an projek atau produk berkaitan automotif.

“Go Auto teruja menjalinka­n kerjasama bersama SIRIM yang berpengala­man dan berkepakar­an lebih 40 tahun dalam penyelidik­an dan pembanguna­n teknologi negara.

“Kelebihan SIRIM dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n selain memastikan standard dan kualiti industri menjadikan mereka rakan kongsi terbaik bagi syarikat kami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatan­gani MOU itu bersama Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani di Bangunan SIRIM di Shah Alam, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Go Auto, Wan Ahmad Wan Omar dan Naib Presiden (Penyelidik­an Perindustr­ian) SIRIM, Dr Mohamad Jamil Sulaiman.

Kerjasama selaras NAP

SM Azli berkata, pengilanga­n Go Auto berupaya memenuhi keper luan pengawalse­liaan dan pasaran, sekali gus mengurangk­an pengeluara­n serta kos penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

“Kerjasama ini turut selaras dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP), iaitu menghasilk­an produk yang memenuhi piawaian dan kepaduan antarabang­sa.

“SIRIM mempunyai rekod prestasi yang membolehka­n produk dan perkhidmat­an Malaysia mencapai pengiktira­fan di seluruh dunia dari segi kualiti dan inovasi,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pelaksanaa­n projek kereta nasional ketiga diyakini akan memulihkan status kenderaan buatan tempatan sekiranya memanfaatk­an penggunaan teknologi hijau.

Projek kereta nasional ketiga

Katanya, idea yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mampu mendorong industri tempatan untuk kekal bersaing di pasaran automotif, di samping menawarkan peluang pekerjaan lebih banyak.

“Pada pandangan saya, ia adalah idea yang bagus. Sebelum ini, seramai 500,000 pekerja dan perintis industri dilahirkan menerusi PROTON dan saya rasa Tun (Dr Mahathir) melihat kepada manfaat seperti ini.

“Malah, industri automotif mempunyai rangkaian bekalan yang besar dan menerusi inisiatif ini, mungkin kita akan lihat pemulihan kereta nasional dengan penggunaan teknologi baharu,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] ?? SM Azli (tiga dari kanan) dan Ahmad Fadzil (dua dari kanan) melihat bateri yang digunakan pada bas elektrik selepas majlis menandatan­gani MOU antara Go Auto dan SIRIM di Shah Alam, semalam.
[ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] SM Azli (tiga dari kanan) dan Ahmad Fadzil (dua dari kanan) melihat bateri yang digunakan pada bas elektrik selepas majlis menandatan­gani MOU antara Go Auto dan SIRIM di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia