Berita Harian

Tiada lagi monopoli kendali lapangan terbang

Langkah pastikan pengendali­an premis terus berkembang

- Oleh Nurhayati Abllah dan Farah Adilla

Kerajaan mengalu-alukan sebarang kertas cadangan daripada pihak swasta untuk mengendali­kan lapangan terbang di negara ini demi memastikan pengendali­an premis itu terus berkembang pada masa depan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata sebelum ini, pengendali­an lapangan terbang di Malaysia hanya dikendalik­an oleh syarikat tertentu sahaja.

“Saya percaya dasar itu tidak membenarka­n syarikat penerbanga­n lain mengendali­kan terminal yang akan datang tetapi pada amnya kita memerlukan pengembang­an operasi pada masa depan.

“Bagaimanap­un, secara tepatnya pengembang­an yang perlu dibuat belum lagi ditentukan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran AeroFile, di Kuala Lumpur, semalam.

Aerofile adalah sistem pemfailan automatik bagi semua permohonan permit pendaratan untuk penerbanga­n komersial yang beroperasi ke atau dari Malaysia.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Azmir Zain.

Kamarudin berkata, secara dasarnya kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan mengenai pembidaan dan pengendali­an lapangan terbang dan terminal pada masa akan datang.

Harga siling penerbanga­n

Mengulas mengenai penetapan harga siling tambang penerbanga­n domestik kendalian MAVCOM, beliau berkata, dasar berkenaan belum diputuskan dan masih pada peringkat perbincang­an bagi mendapatka­n penyelesai­an terbaik kepada penumpang.

“Kementeria­n baru diberi taklimat mengenai cadangan dan kajian yang dibuat MAVCOM, baik buruk keperluan harga siling penerbanga­n atau tidak. Timbalan Menteri Pengangkut­an

“Bagaimanap­un, pandangan mumnya, harga siling itu tidak semestinya adalah 100 peratus baik dan disebabkan itu kita perlu membincang dan memikirkan semula demi manfaat penumpang yang menggunaka­n penerbanga­n dalam dan luar negara.

“Masalah harga siling penerbanga­n banyak digunakan pada musim puncak penggunaan,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Kamarudin berkata, Aerofile menandakan suatu pencapaian penting dalam pembanguna­n industri penerbanga­n negara.

“Sektor penerbanga­n yang kukuh adalah mustahak bagi Malaysia. Adalah penting bahawa teknologi digunakan dengan sewajarnya bagi memudahkan cara perkembang­an sektor,” katanya.

Sasaran MAVCOM

Sementara itu, Azmir berkata, MAVCOM menyasarka­n pertumbuha­n penumpang antara 6.5 peratus hingga tujuh peratus pada tahun ini, iaitu daripada 106.1 juta penumpang kepada 105.6 juta penumpang.

“Kami mencatatka­n pertumbuha­n melebihi lima peratus tahun ke tahun, dalam tempoh tiga tahun berturut,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia