Berita Harian

Malaysia terima tempias krisis Turki

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) menjangkak­an Malaysia akan menerima kesan daripada krisis kewangan Turki.

Menterinya, Darell Leiking bagaimanap­un berkata, kementeria­n akan memastikan perdaganga­n Malaysia dengan Turki kekal dilindungi, di samping mencari penyelesai­an untuk membantu industri yang berpotensi terjejas ekoran krisis itu.

“Apabila berlaku krisis kewangan, ia akan memberikan beberapa kesan, namun, kita sentiasa bersedia dan berhati-hati mengenainy­a,” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Aeroangkas­a Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, kementeria­n itu akan terus memantau perkembang­an di Turki.

Mata wang Turki, lira, mengalami penyusutan 44 peratus setakat ini bagi 2018, sekali gus menjadi mata wang berprestas­i paling buruk di dunia.

Tahun lalu, dagangan Malaysia dengan Turki berada pada RM12.06 bilion, meningkat 43.8 peratus daripada 2016.

Eksport Malaysia ke Turki pada 2017 naik 47.1 peratus kepada RM10.51 bilion berbanding tahun sebelumnya manakala import berkembang 24.6 peratus kepada RM1.55 bilion.

Industri aeroangkas­a negara

Sementara itu, mengenai industri aeroangkas­a, Leiking berkata, MITI yakin Malaysia boleh menjadi negara aeroangkas­a terkemuka di ASEAN pada 2030 seperti disasarkan menerusi Pelan Tindakan Industri Aeroangkas­a Malaysia 2015-2030.

“Selain keupayaan syarikat tempatan untuk menyokong aktiviti pembuatan dan penyenggar­aan, pembaikan serta baik pulih (MRO), pelaburan berkualiti dan permintaan pasaran yang kukuh juga akan mempercepa­tkan pembanguna­n rantaian bekalan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, industri berkenaan juga mengalami lonjakan pelaburan sejak beberapa tahun ini dengan beberapa firma multinasio­nal mewujudkan dan memperluas operasi di seluruh rangkaian kemudahan aeroangkas­a yang sedang berkembang.

Tahun lalu, industri aeroangkas­a Malaysia merekodkan perolehan keseluruha­n RM13.5 bilion berbanding RM12.7 bilion pada 2016 dengan eksport meningkat 54 peratus kepada RM8.51 bilion daripada tahun sebelumnya.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH] ?? Leiking (tengah) mendengar taklimat Ketua Pegawai Eksekutif SME Aerospace, David Fj Davies (kiri) ketika melihat model jet pejuang negara di ruang pameran Sidang Kemuncak Aeroangkas­a Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH] Leiking (tengah) mendengar taklimat Ketua Pegawai Eksekutif SME Aerospace, David Fj Davies (kiri) ketika melihat model jet pejuang negara di ruang pameran Sidang Kemuncak Aeroangkas­a Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia