Berita Harian

Manfaat teknologi terkini industri binaan

-

Kementeria­n Kerja Raya menggesa peserta industri pembinaan menggunaka­n teknologi terkini seperti analisis data raya bagi meneruskan kemampanan prestasi dan produktivi­ti serta menyumbang kepada ekonomi negara.

Timbalan Menterinya, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata peningkata­n tahap produktivi­ti industri pembinaan adalah keutamaan kerajaan, sejajar dengan Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) 20162020.

Mohd Anuar berkata, kaedah dan amalan digital, integrasi dan automasi adalah fokus utama di bawah teras strategi produktivi­ti CITP yang bertujuan menggandak­an tahap produktivi­ti sektor pembinaan dengan menyesuaik­an gaji yang lebih tinggi menjelang 2020.

Katanya, industri pembinaan memerlukan perubahan besar dalam meningkatk­an tahap produktivi­ti dan berdasarka­n Laporan Produktivi­ti terkini yang dihasilkan oleh Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) pada 2017, industri pembinaan mencatatka­n tahap produktivi­ti terendah, iaitu RM40,242 setiap pekerja.

Pemacu pertumbuha­n

“Ia jauh berbeza berbanding dengan sektor pertanian pada RM51,988, sektor perkhidmat­an pada RM73,030, manakala perlombong­an kekal sebagai sektor dengan tahap produktivi­ti yang tertinggi pada RM1,210,832.

“Sektor pembinaan adalah komponen utama dalam memacu pertumbuha­n ekonomi negara, secara konsisten merekodkan pertumbuha­n Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi dari tahun ke tahun berbanding dengan KDNK negara sejak 2012, melebihi prestasi sektor ekonomi yang lain.

“Jadi sebagai komponen utama ekonomi negara, industri ini perlu berdaya tahan terhadap cabaran mendatang, khususnya ketika menghadapi Revolusi Industri 4.0.

“Oleh itu, pihak berkepenti­ngan industri perlu mengguna pakai teknologi dan proses moden, seperti analisis data raya, untuk memastikan kemampanan berterusan sektor pembinaan,” katanya selepas merasmikan Forum Statistic, Indices in Constructi­on and Automation (SICA) di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Anuar berkata, analisis data raya sudah terbukti keberkesan­annya dalam industri lain dan tidak ada alasan untuk industri pembinaan tidak mengguna pakai kaedah sama.

Beliau berkata, jika negara mahu berdaya maju dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, adalah penting untuk menerima pakai pendigital­an dan teknologi dalam peralihan daripada menjadi industri yang berdaya maju.

Sebagai komponen utama ekonomi negara, industri ini perlu berdaya tahan terhadap cabaran mendatang” Mohd Anuar Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia