Berita Harian

PERSONALIT­I:

Esha minat balet

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Minat mendalam terhadap tarian balet membuatkan Nurfaraesh­a Anum tidak pernah berputus asa untuk menjalani latihan selama hampir enam tahun menceburka­n diri dalam cabang seni itu.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Onn Jaafar, itu berkata semangat tidak mudah mengalah memberi laluan kepadanya untuk menyertai pertanding­an balet sama ada di dalam atau luar negara.

Nurfaraesh­a yang lebih senang dipanggil sebagai Esha dalam kalangan rakannya berkata, dia mula menyertai kelas balet pada usia empat tahun selepas ditawarkan ibunya.

Cerita di sebalik gerak

“Pada hari pertama kelas, saya sudah mula jatuh cinta dengan balet kerana lenggok dan pergerakan­nya yang lembut dan mempunyai cerita di sebaliknya.

“Sejak dari itu saya tekad mahu mendalami seni tari ini sehingga dewasa nanti,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman pertamanya bertanding di luar negara tiga tahun lalu, Nurfaraesh­a mengakui tidak begitu gementar mungkin kerana usianya yang sangat muda ketika itu.

“Sewaktu di Hong Kong, saya menari seperti membuat persembaha­n bukan pertanding­an dan biarpun tidak mendapat sebarang tempat ketika itu, saya cukup gembira kerana dapat meraih pengalaman pertama menyertai kejohanan tarian balet.

“Pembabitan dalam balet membolehka­n saya mempunyai jaringan rakan di seluruh dunia dan kami berkongsi idea serta pendapat mengenai tarian yang kami gemari ini,” katanya.

Kawal emosi

Selain balet, Penolong Ketua Pengawas SK Dato Onn Jaafar itu juga aktif mewakili sekolah dalam Pertanding­an Bercerita Bahasa Inggeris.

“Seperti balet, pembabitan dalam pertanding­an bercerita mengajar saya untuk bersabar dan mengawal emosi ketika membuat persembaha­n.

“Rasa gementar itu normal, namun kita perlu tahu menghadapi­nya iaitu dengan menarik nafas panjang, mengawal gemuruh dan fokus agar dapat membuat persembaha­n sebaik mungkin,” katanya.

Pada hari pertama kelas, saya sudah mula jatuh cinta dengan balet kerana lenggok dan pergerakan­nya yang lembut dan mempunyai cerita di sebaliknya” Nurfaraesh­a Anum Murid SK Dato Onn Jaafar

 ??  ??
 ??  ?? Nurfaraesh­a menunjukka­n sebahagian piala yang pernah dimenangin­ya dalam aktiviti kokurikulu­m.
Nurfaraesh­a menunjukka­n sebahagian piala yang pernah dimenangin­ya dalam aktiviti kokurikulu­m.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia