Berita Harian

Ketepikan perkara melalaikan, fokus untuk berjaya

-

Kuala Lumpur:

Pengorbana­n tidak mengenal usia dan murid sekolah juga perlu memahaminy­a dalam usaha untuk meperoleh keputusan baik dalam pelajaran.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (SKBTHO), Syiraz Arina Syamsul Radzi, berkata orang yang ingin berjaya dalam hidup perlu berkorban masa dan tenaga.

Katanya, sebagai calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), dia perlu belajar bersungguh-sungguh, termasuk mengetepik­an perkara tidak berfaedah seperti menonton televisyen dan bermain gajet.

Jaga hubungan baik

“Sebagai anak, saya perlu memastikan memperoleh keputusan cemerlang dan menjadi anak yang baik serta contoh kepada adik-beradik,” katanya.

Pendapat sama dikongsi oleh murid Tahun Enam SK Taman Universiti 4, Skudai, Johor, Nur Adriana Azhan, yang memahami konsep pengorbana­n sebagai seorang anak dan murid bukan sahaja melalui cemerlang akademik semata-mata, sebaliknya menjaga adab sesama keluarga dan guru di sekolah.

“Sebagai murid, saya perlu fokus dalam kelas dan mengisi waktu lapang dengan aktiviti berfaedah seperti beriadah bagi menjaga kesihatan.

“Dalam keadaan sihat, sudah tentu pelbagai aktiviti dapat dijalankan seterusnya membantu minda menjadi cerdas. Saya boleh menjawab soalan dengan baik seterusnya meriah hasil yang memuaskan,” katanya.

 ??  ?? Syiraz Arina
Syiraz Arina
 ??  ?? Nur Adriana Azhan
Nur Adriana Azhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia