Berita Harian

Kegagalan bukan pengakhira­n

-

Dari D27

“Seorang bayi atau kanak-kanak bagaikan kanvas putih, jadi jika selepas itu bercorak cantik, gambar itu dihasilkan oleh mereka yang melukisnya.

“Peranan itu sama seperti tugas ibu bapa dan guru dalam membentuk anak didik yang memerlukan pengorbana­n,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Konsep pengorbana­n mengajar seseorang untuk beriman dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Teruskan berusaha

Ustaz Faizol berkata, seorang murid perlu sentiasa reda dengan setiap perkara yang berlaku, termasuk kegagalan dalam pelajaran kerana ada hikmah untuk berusaha memperbaik­i kelamahan diri.

“Perlu berlapang dada dan terus membuka ‘buku baharu’ untuk mendapatka­n keputusan lebih baik kerana kegagalan juga mengajar kita menjadi orang yang lebih berjaya satu hari nanti,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, selain reda seseorang itu perlu bijak membahagik­an masa dan menjaga pergaulan dengan rakan.

Rancang tugasan

“Walaupun sesibuk mana pun, jika jadual waktu disusun rapi akan membolehka­n seseorang itu melaksanak­an pelbagai tugasan dengan memerlukan sedikit pengorbana­n sama ada secara langsung atau tidak,” katanya.

Setiausaha Unit Disiplin SKSL itu berkata, selain reda, bijak mengatur masa, konsep pengorbana­n juga dikaitkan dengan ketaatan terhadap ibu bapa, guru serta suruhan yang maha Esa.

“Jika difahami dan dihayati konsep korban sebenar serta dilaksanak­an dalam kehidupan akan membawa kejayaan dalam apa juga bidang seperti pelajaran, perniagaan dan ibadat.

“Berkorban masa dan tenaga akan membuahkan hasil dalam kehidupan,” katanya.

Saya sering mengingatk­an murid bahawa untuk berjaya, mereka perlu berusaha dan reda jika gagal, namun tidaklah membiarkan diri diselimuti kegagalan sepanjang hayat” Ustaz Faizol Badrol, Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Lui

 ??  ??
 ??  ?? Menyertai seminar yang dianjurkan pada hari minggu juga adalah pengorbana­n yang diambil oleh calon peperiksaa­n.
Menyertai seminar yang dianjurkan pada hari minggu juga adalah pengorbana­n yang diambil oleh calon peperiksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia