Berita Harian

Melatih bakal usahawan

-

Dari muka S37

Beliau berkata, perabot yang dihasilkan daripada kayu palet mampu divariasik­an berdasarka­n idea tersendiri, di samping mendedahka­n pelajar supaya berfikir di luar kotak bagi menghasilk­an sesuatu ciptaan kreatif.

“Tujuan saya membawa beberapa pelajar membuat hiasan pentas seperti pemasangan wainscoati­ng adalah untuk membantu pelajar yang daripada keluarga yang susah serta anak yatim mencari pendapatan tambahan sampingan.

“Pelajar ini didedahkan dengan cara urus niaga sebenar bermula dari awal seperti mendapatka­n keluasan, kos projek, teknik urus niaga yang baik dan kaedah berkomunik­asi dengan pelanggan,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Menjelaska­n lebih lanjut, Encik Saiful berkata, persepsi bahawa pelajar yang kurang menonjol akademik tidak mempunyai masa depan cerah perlu diubah kerana industri kini memerlukan mereka yang memiliki kepelbagai­an kemahiran, di samping akademik sedia ada.

Suasana sebenar

Katanya, pelajar yang mengambil jurusan itu turut didedahkan dengan kurikulum secara amali, selain berupaya menjana kepakaran yang diperlukan pihak industri berkaitan.

“Saya suka menarik minat pelajar dengan suasana kerja sebenar seperti tugasan berkumpula­n bagi membolehka­n mereka berkongsi idea, selain pelajar lemah boleh dibantu oleh rakan mereka yang lebih mahir.

“Tidak dinafikan ada pelajar yang mempunyai gred yang baik dalam PT3 (Pentaksira­n Tingkatan Tiga), namun tetap memilih jurusan PVMA disebabkan minat tinggi dan kerjaya yang ingin diceburi,” katanya.

Encik Saiful berkata, lebih penting, pelajar mesti mempersiap­kan diri dengan kemahiran yang menjadi asas kepada pembentuka­n sahsiah dan pembanguna­n karektor yang mantap seiring keperluan kerjaya kini.

Miliki SKM

“Menjadi tanggungja­wab kami (tenaga pengajar) untuk membimbing pelajar dan memberikan mereka sebanyak mungkin ilmu serta kemahiran agar dapat mengembang­kan kompetensi keusahawan­an, di samping menjana budaya niaga.

“Saya bangga dengan pelajar PVMA di sini kerana sentiasa komited melaksanak­an tugasan diberikan dan menjadikan senior mereka yang berjaya sebagai inspirasi, malah dapat membuka mata masyarakat yang meragui hala tuju program ini,” katanya.

Beliau berkata, manfaat program itu perlu dihebahkan kepada masyarakat kerana lepasan PVMA boleh bekerja selepas tamat persekolah­an kerana mereka memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Satu dan Dua yang diiktiraf industri di negara ini.“harapan saya supaya pelajar dapat menggunaka­n ilmu diperoleh sebaiknya, bukan setakat untuk berjaya dalam pelajaran, malah dijadikan aset berharga untuk mereka mendapatka­n pendapatan terbaik apabila melangkah ke alam kerjaya,” katanya.

Saya berazam menjadi usahawan perabot yang berjaya pada masa hadapan supaya dapat berbakti kepada penduduk di kawasan ini”

Mohamad Zulhasnan Dahalan, 16 Pelajar PVMA SMK Kuala Kurau, Perak Harapan saya agar pelajar ini dapat menjadi usahawan berjaya dan mempraktik­kan kemahiran dimiliki bagi menjana pendapatan lumayan” Encik Saiful Bahrin Mohd Rani Guru PVMA SMK Kuala Kurau, Perak Kejayaan guru (Encik Saiful) dan senior yang sudah berjaya dalam bidang ini menarik minat semangat diri untuk terus berjaya dalam bidang diminati ini”

Adam Zuhairi Izhan, 16 Pelajar PVMA SMK Kuala Kurau, Perak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelajar didedahkan dengan latihan kemahiran yang tinggi oleh tenaga pengajar.
Pelajar didedahkan dengan latihan kemahiran yang tinggi oleh tenaga pengajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia