Berita Harian

Pelajar dibekalkan kemahiran, penuhi kehendak industri

-

Kuala Kurau:

Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) adalah satu cabang aliran kemahiran di sekolah harian biasa dengan silibusnya memenuhi standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS).

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kurau, di sini, Puan S Ruhana Mohd Noor, berkata selain memenuhi kehendak industri, pelajar jurusan itu turut didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti kaedah bertukang dan menggunaka­n peralatan mesin dengan betul.

Beliau berkata, pendedahan menyeluruh bidang kemahiran itu penting untuk memudahkan pelajar memasuki alam pekerjaan dan mampu menyuntik semangat untuk menjadi usahawan.

Kunci kejayaan

“Kemahiran yang dipelajari ini akan memudahkan pelajar memulakan kerjaya atau menjadi usahawan berbekalka­n kemahiran sedia ada.

“Pelajar akan mempelajar­i teori dan amali dengan jadual waktu bengkel adalah 24 waktu seminggu, pada masa sama boleh menimbulka­n minat belajar secara amali dengan berterusan,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini. Puan S Ruhana berkata, lebih penting pelajar jurusan itu mestilah meletakkan sasaran jelas untuk memastikan hala tuju kerjaya mereka pada masa hadapan.

Katanya, program yang menekankan kemahiran kreatif pelajar itu menawarkan peluang kerjaya luas dan bertepatan dengan sasaran negara bagi mengurangk­an kebergantu­ngan tenaga kerja warga asing.

“Aliran PVMA ini sangat berbaloi untuk pelajar sedikit lemah atau sederhana pencapaian akademikny­a, tetapi mempunyai bakat dan kemahiran yang membolehka­n mereka melakar kejayaan secara tersendiri.

“Saya selalu tekankan kepada pelajar supaya jangan mudah mengalah dan terus berusaha gigih kerana ilmu adalah kunci penting untuk membantu mereka berjaya dalam kehidupan,” katanya.

 ??  ?? Puan S Ruhana menunjukka­n produk cendawan yang diusahakan di sekolahnya.
Puan S Ruhana menunjukka­n produk cendawan yang diusahakan di sekolahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia